Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Monday, July 31, 2006

Blogger Unggul

Rata-rata hari ini, setiap pemilik email ada blog tersendiri, itulah menggambarkan bertapa popularnya blog sekarang ini.

Tapi, bagaimana hendak menjadi seorang Blogger Unggul?

Salah satunya, yang teramat penting, yang sememangnya harus diberi perhatian adalah Identiti/branding.

Contoh : Pak Di - isu politik, agama, bisnes. Mat Jan & Si naga - Lawak.

Tok Rimau pula

"Setengah pengendali weblog di negara ini, seperti Tok Rimau, tidak lagi membataskan penulisan mereka kepada catatan kehidupan peribadi, malah meluaskannya sebagai komentar sosial." Weblog Pesaing Terbaru Media Tradisional. Ruang Siber. Majalah Jelita. Mei 2002. Muka 124.

Aku tak layak lagi untuk memberikan nasihat seperti ini kepada semua, disebabkan baru sahaja menapak di arena blog ni, akan tetapi untuk nasihat diri sendiri sahaja, mana tahu boleh jadi Blogger Unggul satu hari nanti. ;-p

Anda pula bagaimana?

13 Comments:

Blogger Kemat said...

aku juga budak baru dalam dunia blog nie..masih belajar berblog lagi..tapi aku pasti satu perkara, kita menulis bila kita suka bukan kerna terpaksa, bukan juga kerana nama

9:48 PM

 
Blogger singabeng said...

kemat

Aku setuju sangat dengan ko, blog ni kalau tak tulis orang tak potong gaji kita, mana taknya, kita mana ada gaji. ha ha ha . sama-sama lah kita belajar.

10:30 PM

 
Blogger Alpha said...

Aku menulis untuk zahirkan rasa hati aku..baik hal peribadi (mana yang boleh kongsi la) dan juga hal persekitaran dan cerita lama...

9:26 AM

 
Blogger singabeng said...

Alpha

"Kita serupaaaaa... "

2:57 PM

 
Blogger Nieys Zahri said...

Nieys pun baru lagi dalam arena blog ni walaupun dah terniat lama nak buat.. bagi Nieys, apa yang Nieys tulis dalam blog adalah meluahkan segala yang Nieys nak kongsikan.. dan juga yang penting.. kerana ingin mendidik.. kalau bukan mendidik orang lain pun.. cukuplah untuk mendidik diri sendiri.. kadangkala sesuatu akan jadi lebih diingati bila dizahirkan melalu tulisan.. kan? jadi, menulis boleh buat kita teringat untuk mendidik diri sendiri.. :)

6:12 PM

 
Blogger singabeng said...

Nieys

Bagi singa, blog ni macam diari, tapi diari jarang orang bagi baca, tapi diari kat blog ni nak bagi orang baca, so sekurang-kurangnya tidak boleh mendidik org lain, jadilah didikan buat kita, betul tak?

6:29 PM

 
Blogger Nieys Zahri said...

singa,

memang blog sebenarnya lebih kurang sama dengan diari.. Nieys dah kupas dah isu ni dalam artikel blog Nieys bulan lepas.. hehe.. :)

7:32 PM

 
Blogger singabeng said...

Owh, nieys dah kupas, erm erm bagus le, x yah le kupas-kupas lagi, kalau x licin macam kelapa kalau kupas banyak-banyak. he he

3:04 PM

 
Blogger Awan Badai said...

Lain orang, lain prinsip, lain sikap. Blog akan jadi mengikut prinsip tuannya. That's why ATTITTUDE can determine everything.

p/s : Awan baru kenal dengan dunia blog sebulan-dua ni. Dan baru membuka blog sendiri pada awal Julai. But, i've learn a lot! Thanks to all bloggers

7:13 PM

 
Blogger singabeng said...

"ATTITTUDE can determine everything." Cukup menarik ayat tu, terima kasih awan.

2:10 AM

 
Blogger Nieys Zahri said...

singa, nak kupas lagi pun boleh.. heheh.. takde masalah.. :D

8:53 AM

 
Blogger singabeng said...

cukuplah nieys yang kupas, kalau nak buat gulai terus pun tak jadi masalah. ;p

2:35 PM

 
Blogger Nieys Zahri said...

Dah jenuh kupas dah.. dah jadi gulai masak lemak cili padi dah pun... hehe..

5:41 PM

 

Post a Comment

<< Home