sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan
Apabila ditanya, blog siapa yang paling ko suka lawat. Selamba aku jawab "blog bro naga".
Sebab, entry si naga banyak menceritakan hal bapanya, secara tak langsung ia akan mengingatkan aku supaya menyedekahkan al-fatihah kepada arwah bapa aku.
"sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan" manusia mudah lupa.
Terbaca dalam Harakah di ruang Personaliti, temubual dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ditanya jenis buku yang disukainya, beliau menjawab
"Saya suka bacaan yang membawa saya dekat dengan Allah. Apa sahaja temanya, sama ada pertanian, ekonomi, sains dan teknologi, asalkan pengarang membawa supaya pembaca ingat kepada Allah. Itulah yang cukup menarik bagi saya"
"sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan" manusia mudah lupa.
Disebabkan manusia mudah lupa, itulah pentingnya ada peringatan, jika manusia tidak pernah lupa walaupun sesaat, malaikat akan turun dari langit dan bersalam dengannya.
"sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan"
2 Comments:
hmm... banyak sangat mender nak kejar, banyak pulak mender yang terlupa.
Sa'atan..sa'atan..sa'atan.
Teringat ngan boss lama aku en.Sa'at.
1:40 AM
Mazudi
Betul tu, makin banyak benda yang ingin dikejar makin banyak pula dilupakan.
Apa khabar En. Sa'at skang ni ek?
3:03 PM
Post a Comment
<< Home