Membaca Budaya Kita
Kami sebilik, dilanda demam, demam yang amat menggerunkan, kerana sakit ini hanya boleh diubatkan dengan wang dan masa sahaja.
Kami dilanda demam membaca novel karya Ramlee Awang Murshid.
Kami hanya redha dan menyalahkan Fakrul, kerana membawa virus ini kepada kami semua, menyebabkan tiada masa untuk kami bermain game dan menonton DVD.
Bermula dengan 'Bagaikan Puteri' kami terus memburu novel karya Ramlee, antaranya Tumbiruo, Semangat Hutan, Tumbirou Terakhir, Hatiku Di Harajuku, Mandatori, Satu Janji dan Rahsia Perindu.
Setakat ini aku baru berjaya habisan Mandatori, Bagaikan Puteri dan Hatiku Di Harajuku. Masih tinggal 5 novel lagi belum di habiskan.
Kami sebilik menyahut seruan Kerajaan, "Membaca Budaya Kita.... "
5 Comments:
bagus!!berusahalah...ahakz!!
3:45 PM
Arigato akirasuri... ;-p
6:20 PM
Ramlee Awang Murshid?
salah satu idola tu.. heheh...
tapi nak jadi penulis sehebat dia buat masa ni.. belum lagi..
dah nama pun idola kan??
:)
8:46 AM
Bagaikn Puteri mmg best..saya sampai bwk dlm mimpi cerita nih..hehe
11:54 AM
Hatiku Di Harajuku best jugak,
Banzai, banzai ..
Maklum le semangat samurai ryu-watanabe.
;p
2:25 PM
Post a Comment
<< Home