Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Friday, August 04, 2006

Kalau You Tak Suka, You Keluar Dari Malaysia!!

Blog, blog, blog, jika dulu perkataan ini langsung tidak memberi makna kepada pihak pemerintah, sejak akhir-akhir ini, 'blog' diberi perhatian khusus oleh pihak pemerintah.

Jika dulu, tercari-cari idea, macam mana hendak menaikan hits setiap hari, bagaimana hendak tarik pengunjung ramai-ramai ke blog?, bagaimana hendak memperkenalkan rakyat kepada blog?

Persoalan tersebut banyak dijawab, "ceritalah bab sex, lucah, gay, lesbian, nescaya hits ko cecah seribu setiap hari."

Kini pemilik blog hanya mampu tersenyum, kerana pelayar internet sekarang, berusaha untuk kenal, 'menatang' apa itu blog? 'Hits' akan meningkat.

Nasib pemilik blog tidak ubah seperti mana nasib penoreh getah, mampu tersenyum setiap hari, jika penoreh getah mengira keuntungan, pemilik blog pula mengira kepuasan.

Kerajaan mempunyai banyak masa lapang sekarang, sampaikan "Kabinet mahu blog internet dipantau." Sekurang-kurangnya seorang akan masuk di blog anda untuk membaca entry terbaru setiap hari. Ha ha ha.

"Kalau you tak suka peraturan ni, you boleh keluar dari Malaysia", ucapan yang mungkin diucapkan kepada penulis blog yang tidak suka blognya dipantau.

Terima Kasih kepada Kerajaan atas keperihatinan anda, terima kasih kerana membaca tulisan kami setiap hari.

Nota Kaki Bukit
Entry ini tidak menyiarkan bahan berunsur hasutan, fitnah atau bercanggah dengan undang-undang. Hanya memuji kerajaan sahaja. Jangan di salah tafsirkan.

8 Comments:

Blogger Nieys Zahri said...

"Nasib pemilik blog tidak ubah seperti mana nasib penoreh getah, mampu tersenyum setiap hari, jika penoreh getah mengira keuntungan, pemilik blog pula mengira kepuasan."

-sesungguhnya aku menggemari petikan ini.. hahah.. :D

8:41 AM

 
Blogger singabeng said...

Maklum le harga getah melambung tinggi sekarang. ;p

11:46 AM

 
Anonymous Anonymous said...

pulak..nak pantau blog plak dahhh...
ntah ape2 kerajaan nih!!

11:52 AM

 
Blogger Nieys Zahri said...

kalau le dapat jawatan pemantau blog.. best gak erk... heheh.. aku le antara orang terawal yang memohon.. :D

1:15 PM

 
Blogger singabeng said...

tutawa,

oklah tu kerajaan nak pantau, menunjukkan dia sayang kat rakyat malaysia.

nieys,

kalau dia open, nieys kena berebut dengan singa dulu, jawatan yang paling diminati tu, boleh dijadikan cita-cita. Ha ha ha

2:20 PM

 
Blogger Amanitium Cho said...

hey, ini blog dakyah berunsur reverse psychology. anda boleh didakwa. heh. salam perkenalan dude! (agar ko tak salah faham, aku pun dude gak)

4:31 PM

 
Blogger Nieys Zahri said...

cita-cita...heheh zaman akan datang blh la bebudak letak cita-cita yang seindah ini.. hihi.. :D

5:37 PM

 
Blogger akirasuri said...

ohiks..blog saya akan didakwa akan mendakwa atau terdakwa...ha ha ha [ayat kembar siam betul!!]

2:36 PM

 

Post a Comment

<< Home