Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Monday, August 21, 2006

Siasah Mesti Berprinsip (Special)

Aku nak ucapkan terima kasih kepada orang yang 'copy n paste' artikel aku Siasah Mesti Berprinsip ke dalam tranungkite dan al-ahkam seterusnya mendapat komen yang amat memberangsangkan.

Terima kasih juga kepada orang yang komen dengan ayat sebegini rupa:

" panyajak dan penulis sketsa ni adalah manusia2 pengecut dan bertaqiyah dibalik mainan bahasanya. ".

Cuma aku disini kurang memahami, perkataan pengecut dan bertaqiyah itu dipandang dari sudut mana dan apa.

Aku ingin menjawab berdasarkan kisah sahaja:

Peristiwa ini berlaku apabila Nabi Ibrahim dibakar oleh Firaun, dan ketika api marak membakar, ada seekor cicak, cuba menghembus-hembuskan angin untuk menguatkan lagi bakaran tersebut.

Walaupun kita tahu, apalah sangat hembusan nafas cicak itu, tidaklah memarakkan api tersebut. Akan tetapi kita harus faham, tindakan yang dilakukannya itu menyimpang dari kebenaran, dan mengundang kemurkaan Allah, kerana menyokong kebathilan dan menidakkan akan kebenaran.

Maka dengan itu, jadilah kita seperti burung kelicap, burung kecil tersebut, berulang-alik, membawa air di paruhnya yang amat kecil, amat kecil, untuk diletakkan di dalam api tersebut dengan harapan api tersebut akan padam.

Berkatalah binatang-binatang lain, yang amat pelik dengan kelakuan burung tersebut:

"Wahai burung, kenapa kamu buat begitu?, kamu tidak sedarkah? kelakuan yang kamu buat itu adalah sia-sia!!!".

Maka berkatalah burung tersebut:

"Wahai binatang-binatang sekalian, aku cukup takut bilamana hari pembalasan kelak, ketika Allah swt menyoal aku, apakah aku lakukan ketika mana pihak kebathilan menyeksa akan pihak kebenaran, sepertimana hal Nabi Ibrahim ini. Sekurang-kurangnya aku dapat menjawab kepada Allah, ya Allah, aku telah membawa air didalam paruh aku yang amat kecil ini untuk memadamkan api tersebut".

Pilihlah sendiri, mahu jadi cicak ataupun burung kecil itu.

Adapun demikian, jika kita tidak mampu untuk mengubah keadaan, janganlah memarakkan kebangkitan pihak yang bathil dengan membenarkan tindakan pihak tersebut dan mencela pihak yang benar.

Nota Kaki Bukit:
Kepada individu yang 'copy paste' artikel aku itu, sila tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Mungkin ada hadiah dari pihak penaja. Ha ha ha.

7 Comments:

Blogger fiq said...

aku geli ngan cicak, bila nmpk je mesti aku bunuh sebelom cicak mengganggu aku. kalo aku xnk die mati sambil belumuran darah, aku akan spray gune ridsect, smpi die mati mencanak.hohohohoh aku kejam! so, jgn jadi cicak =p aku spray kang~

1:00 PM

 
Blogger singabeng said...

fiqro,
Ha ha ha

3:14 PM

 
Blogger tumismenumis said...

... dan kita biasanya memainkan watak "binatang binatang lain" itu. Suka mengata perbuatan orang lain.

3:36 PM

 
Blogger singabeng said...

mazudi,
mungkin ramai, tapi pasti ada golongan yang berbuat kerja dengan ikhlas.

3:42 PM

 
Blogger Nieys Zahri said...

seorang manusia boleh duduk berjam-jam membaca sebuah buku sedangkan mula tidak tahan bila mendengar seseorang bercerita di hadapannya walaupun hanya beberapa minit...

-sebab tu aku percaya, menulis bukan bermakna seseorang itu pengecut.

9:56 AM

 
Blogger akirasuri said...

huhuhu baek hati betul penaja...he he he...

6:32 PM

 
Blogger singabeng said...

nieys,
mungkin dia suruh kita paparkan no ic sekali kot untuk menulis.

akira,
aku terlalu baik, kalau aku ada adik pompuan pun aku bagi. Ha ha ha

9:51 AM

 

Post a Comment

<< Home