Entri Pendek Merdeka
Tepat jam 12.00 tengah malam 31 Ogos setiap tahun, kumpul ramai-ramai, di dataran merdeka mahupun di KLCC mahupun ditempat lain di seluruh negara.
"4, 3 , 2, 1 ... Merdeka! Merdeka! ".
Perit tekak laung Merdeka, pakat ramai-ramai singgah pub, disko nak hilangkan dahaga dan keperitan. Penat sungguh nak merdeka, kenalah sambut dengan betul-betul dan sepuas hati.
"Parti botol bergelimpangan.. " bak lagu Alhamdulillah, Yasin feat Too Phat.
Lepas tu, muda-mudi pergi ke hotel-hotel, celah-celah lorong, tepi-tepi semak, pakat-pakat buat anak merdeka.
Merdeka sungguh di malam merdeka Malaysia.
Sekian, entri pendek Merdeka.
4 Comments:
parti botol bergelimpangan,
kekasih bukan takat berpegang tangan.
semoga kau dan aku merdeka daripada gejala merdeka mereka.
7:59 AM
nasib baik ko ingat lirik yang lebihnya, aku ingat sikit je .. he he
8:35 AM
lagu tu memang best, tapi malang xdihayati . heheh merdeka di kota merdeka =p
10:25 AM
Kota Merdeka? kat mana tu? kat KLCC ke kat Hartamas .. Ha ha ha
5:13 PM
Post a Comment
<< Home