Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Monday, September 25, 2006

Di Hari Kedua Puasa

Hari kedua puasa, hari yang aku rasakan sungguh mengantuk, aku tidur seharian.Ha ha ha. Makruh puasa aku secara automatiknya.

Hari kedua puasa tidak segagah hari pertama puasa, itu yang memelikkan aku, sepatutnya aku lebih gagah selepas berpuasa pada hari pertama.

Sampaikan sms bertalu-talu sampai ke telefon aku pun tak disedari, punyalah sedap tidur hari ini. Bagaikan diulit-ulit oleh bidadari-bidadari syurga layaknya. ;p

"weh cepat siap-siap, aku amik ko lepas ni sebab nak pi pasir mas dalam kol 2.30 petang, ada projek skit." Pumien. Via SMS.

Di antara SMS yang tidak sempat aku baca, dan mengakibatkan aku disumpah seranah tatkala pukul 2.35 petang hari ini, semasa di pembaringan, oleh kepala yang menjenguk di jendela bilik aku.

"Hoh! nak jimat sangat, sape suruh tak call, men sms je. ko ni memang kedekut taik idung masin"Aku.

"Aku pi dululah, kalau ada pe pe yang menarik ko akan rasa menyesal sampai mati sebab tak ikut aku."Pumien.

"Ha ha ha!"Aku.

Opss! Aku belum pergi beli minuman buka puasa. Aku pergi dulu, cau cin cau.

Eh.. mana satu pilihan korang, nak minum air tebu ke tuak? dua pilihan tu je aku bagi, jangan tambah air soya pula.

Nota Kaki Bukit:
Entri ini ditaip 45 minit sebelum berbuka puasa. Orang kata, doa orang sebelum berbuka puasa mustajab. Jadi, korang doa-doakanlah kebaikan untuk aku ye. ;p

Nota Tambahan:
Oit! oit! semua bloggers, lepas raya ada RAPAT GJ'06, Sesiapa berkelapangan dipersilakanlah, maklumat lanjut sila ke :

Laman RAPAT GJ'06
Calonkan blog kegemaran anda untuk anugerah

Amaran: Jangan cuba samakan RAPAT GJ'06 dengan rapat umum yang biasa-biasa dibuat, dijalanan. Walaupun ramai penembak curi hadir pada majlis tersebut, ia tidak bermakna akan memberi ancaman kepada sesiapa. ;p

7 Comments:

Blogger Amanitium Cho said...

cheh, projek halal ke projek haram? ataupun projektor? haha.

6:28 PM

 
Blogger singabeng said...

Projektor? Ha ha ha, ko ada lubang tolak murah2 tak? Sebab tengah cari satu, untuk wat panggung kat kampung. ha ha

6:43 PM

 
Blogger fiq said...

diulit bidadari syurga, aku nak tido seharian gak la =p

10:09 AM

 
Blogger BooK said...

ceh!
tido je
bangung bangung!

pssstt.. aku dah dekat setahun tak minum air tebu.

11:05 AM

 
Blogger akirasuri said...

ha ha ha tidur memang nikmat...lagi best kalau hujan...aduh!!

1:45 PM

 
Blogger singabeng said...

fiq,
tu le aku sampai tak nak bangun.

book,
kesian kat ko, aku nak kirim takut sempat basi.

akira,
erk... ermm .. leh jadi calon nih.. hehe

6:11 PM

 
Blogger tumismenumis said...

Aku penah buat rekod masa kat asrama dulu, tidor start lepas sahur, pastu bangun buka puasa. Satu haper pun tak dapat kot.

Weh. Tuak kat mana ada weh?

12:21 AM

 

Post a Comment

<< Home