Aku Mahu Ada 4 Cawangan
Cuti hari minggu, aku pergi melancong . Aku berhenti di dataran rehat, untuk lepaskan penat seketika.
Sambil lepak-lepak tunggu hujan berhenti, ada brother datang kat aku, mungkin dia nak tumpang berteduh dengan aku.
Tap! Tap! Tap!
Brother tu keluar rokok sekotak dan dia cuba beramah mesra dengan aku, dengan menghulurkan rokok. Aku senyum sahaja.
"Tak pa bang, saya tak hisap."Aku.
"Dude, ko nak gi mana?"Brother tu.
"Nak pi kat Gombak, abang lak?"Aku.
"Aku nak pi Klang.".Brother tu.
"Huh, jauh tu, dari Gombak kena tambah 2 jam lagi."Aku.
"Nak wat macam mana, bini aku kerja kat sana."Brother tu.
"Abis, abang kerja kat mana? ulang alik ke?"Aku.
"Aku kerja kat Jaya Gading, Pahang, aku pi hujung minggu je kat sana."Brother tu.
"Uiskk, boleh tahan ke hari minggu je pi sana?"Aku.
"Mana boleh tahan dude, ni pun dapat dua malam, cukuplah"Brother tu menunjukan muka kegersangan.
"Ha ha ha."Aku gelak dalam hati, bimbang sebab dia badan besar lagi dari aku, kalau dia tumbuk aku memang tak terlawan.
Aku senyum je.
Usai sahaja hujan, kami beredar dari situ. Aku pun terfikir, kalau aku jadi macam dia apa patut aku buat.
Adakah aku perlu membentuk cawangan baru? Ha ha ha.
7 Comments:
aduh mahu buka cawangan 4 ke...alahai..ihiks..
5:24 PM
alasan yang menarik. sorang utara, sorang selatan, sorang timur dan sorg lagi barat. aku dekat tgh2. haha.
tp nanti macam aku duk sorang2 je kat tgh tu.
5:58 PM
uiks.. cepat betul berubah pendiriannye.. ha ha.
7:11 PM
akirasuri,
akira tak rela ek? Ha ha.
aman,
ko suruh dnapple tu bagi lesen dulu sebelum ko ada cita-cita gitu.
achik,
bukan ubah pendirian, tapi hanya terfikir. ;p
12:35 PM
menarik jugak tu, complete set satu bulan
6:29 PM
bukak la bp byk nak pon :p
12:29 PM
Cawangan eek.
Nanti kerja ko jadi pengurus setiap cawangan. Income ko pulak dari hasil kerja setiap cawangan.
Ada mufti cakap takleh camtu.
Projek terkini kat sini
1:16 PM
Post a Comment
<< Home