Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, August 30, 2006

Khutbah Merdeka

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Dalam parlimen, wakil rakyat berbahas, kenapa mesti ada pertembungan di antara program Siti dan Ina Mawi. Uwah! program Siti adalah program rasmi negara, layaknya sepertimana Ucapan Titah DiRaja yang harus disiarkan di media perdana dan tidak boleh bertindan dengan program lain.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Anak-anak Islam yang baru dilahirkan, anda adalah anak merdeka, sampaikan perkataan ISLAM tidak akan ditulis pada sijil kelahiran anda. Merdekalah anda, umur anda 18 tahun barulah boleh memilih agama yang mahu di anuti.

"Benar. Bermula dari bulan Jun 2006. Ini adalah kerana bayi tersebut berhak menentukan agamanya sendiri apabila berusia 18 tahun."

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kerajaan kita telah merdekakan kita, merdekakan dengan cara mempersetujui apa yang IFC tuntut, syabas kerajaan, syabas, kita sebagai anak malaysia amat berbangga dengan kerajaan. Secara tidak langsung kerajaan hendak memerdekakan agama Islam yang dirasakan terkongkong oleh setengah pihak.

Syabas! Tahniah! Terima kasih! Hanya perkataan itu sahajalah yang kita semua dapat beri kepada kerajaan yang berjasa kepada rakyat, yang mana mempertujui secara tidak langsung dengan tuntutan IFC.

Antara tuntutan IFC:

"Seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi seorang islam".

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kerajaan telah memerdekakan SENI kita, filem tanahair, apabila GUBRA dinobatkan sebagai pemenang anugerah filem terbaik. Syabas kerajaan kerana menobatkan filem yang mencemarkan budaya itu sebagai filem terbaik. Syabas dan Tahniah!.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Sekian sahaja khutbah Merdeka aku, kalau nak ikutkan nak panjang lagi, tapi cukuplah setakat ini, sebab aku dah sebak dengan kutbah aku sendiri.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia, semoga anda berbangga menjadi anak malaysia.

Jom nyanyi sama-sama, "Saya anak Malaysia... " (ulang 4 kali).

6 Comments:

Blogger akirasuri said...

Malaysia sudah tidak merdeka lagi...merdeka pada nama tapi jiwa sudah tidak merdeka...kebodohan dan gila dunia pak menteri, merdeka kita tergadai...BONGEK!! [sakit hati gila...] :(

9:11 AM

 
Blogger Amanitium Cho said...

bab benda-benda macam ni, media perdana tak nak pulak wat liputan. pasal pop sampah tu berebut-rebut. pastu bila ditulis kat sini kata menyebarkan fitnah dan penembak curi.

heh, aku anak malaya darab empat!

10:00 AM

 
Blogger fiq said...

penembak curi yang berjaya =p salam merdeka singa

12:37 PM

 
Blogger singabeng said...

Akira,
Jangan kutuk pak menteri, kesian kat depa tu.

Aman,
Aku lupa nak selit cerita pasal penembak curi.

Fiq,
Aku bukan penembak curi. Sebab aku memang dah ikhlas nak tembak, jadi ia tidak dinamakan mencuri.

4:18 PM

 
Blogger tumismenumis said...

Macam tersedar dari tidur pulak. baru aku tau rupanya sungguh merdeka aku kat negara ni.

8:49 PM

 
Blogger singabeng said...

Selama ni lena sangat kot

8:00 AM

 

Post a Comment

<< Home