Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Thursday, August 31, 2006

Uda dan Dara Berjuang Di Malam Merdeka

Pada pagi ini dengarlah jeritan batinku "Merdeka! Merdeka! Merdeka!", maaflah, aku tak sempat nak menjerit perkataan keramat itu bersama yang lain semalam. Aku kesibukan semalam dengan mesyuarat yang tamat hampir pukul 2 pagi.

Di depan pejabat kami, ada dua buah rumah sewa siswi dari kolej sebelah, belum sampai pukul 11.00 malam, rumah itu sepi, sepi yang amat. Oit oit!, aku bukan skodeng tapi hanyalah menjaga kemaslahatan sesama jiran. Tidak lebih dari itu. Ha ha ha.

Aku mengagak, mereka ini tidur awal supaya dapat bangun awal pagi dan mungkin juga ingin menyertai perbarisan ataupun apa-apa acara yang akan dijalankan di bandar pada pukul 8 pagi ini.

Aku dalam hati, "Alhamdulillah.. ada juga orang muda bersemangat dengan hari merdeka ini".

Kami tidur di pejabat pada malam merdeka, sedar, sedar sahaja sudah subuh, dan bangkit untuk menunaikan solat subuh.

Sesudah menunaikan solat subuh, di luar pejabat terdengar kebisingan enjin-enjin kereta dan motorsikal, kami jadi kalut dan panik, apakah pihak penguasa datang menyerbu, disebabkan kami tidak menyambut merdeka semalam?. Ha ha ha.

Rupanya anak-anak dara di depan pejabat kami, baru pulang ke rumah bersama teman lelaki masing-masing. Kelihatan wajah masing 'keletihan dan kelesuan'. Mungkin penat sambut merdeka malam semalam.

Dari kejauhan, aku dapat mengagak, ke mana mereka pergi semalam, dalam sesuatu hal, kita mesti bersangka baik, aku sangka, mereka semua ini pergi berjuang di tempat yang dipaparkan di bawah ini :

sumber gambar : Utusan Online

Pasti ayah dan mak diaorang akan berbangga dengan anak-anaknya, begitu perihatin dengan merdeka dan tanah air.

Syabas aku ucapkan kepada pemimpin-pemimpin negara, yang mana, melahirkan ramai remaja yang bersemangat untuk menyambut merdeka, bermula detik 12.00 Tengah Malam hinggalah ke subuh hari. Syabas!.

Terima Kasih Malaysia!

Hari Melawat Sedunia
Generasi Merdeka Kebanggaan Negara
Seloka asmara Uda dan Dara Menghiasi Malam Merdeka

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Kelihatan wajah masing 'keletihan dan kelesuan'??? ngeh ngeh ngeh

5:55 PM

 
Blogger Amanitium Cho said...

heh, baguslah kalau niat kau nak menjaga kemaslahatan sesama jiran. nanti kalau ada situasi yang memerlukan, aku akan gunakan. haha.

6:46 PM

 
Blogger singabeng said...

tutawa,
Mereka penat sambut merdeka tu.. penat sangat. Ha ha.

amanitium,
Aku rasa mereka tidak sesuai dengan kau, mereka tak memakai topeng liut mahupun topeng tak liut.

10:08 PM

 
Blogger akirasuri said...

ha ha ha sambut merdeka sampai subuh hari??letih??[macam-macam hipotesis dalam kepala saya ni] ihiks!!

6:01 PM

 
Blogger singabeng said...

akira,
Jika disebutkan 'keletihan dan kelesuan', kau dan aku, akan berfantasi bermacam-macam.

12:08 AM

 

Post a Comment

<< Home