Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, September 13, 2006

Sentuhan Keramatmu

"Terpanar aku pada sentuhan keramatmu, Mengheret aku mentafsir memori silammu, Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu, Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu"Sentuhanmu, inteam.

Zaman kecil dahulu, aku lebih suka bermain nyorok-nyorok, guli, berlaga getah dan bermacam-macam lagi daripada terperok di rumah menonton televisyen. Aku hanya menonton televisyen bila mana iklan sahaja, iklan alat permainan atau seumpamanya yang dipaparkan di televisyen, selepas itu aku akan minta ayah aku belikan.

Apabila sesuatu permintaan aku kepada ayah tidak ditunaikan, aku akan mengamuk dan meradang. Dan menunjukkan muka masam bagaikan muka tapir yang kehilangan anaknya.

"Surut dedarku pada usapan manteramu, Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu, Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu, Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu"Sentuhanmu, inteam.

Tapi aku pasrah sebab ayah aku sangat tegas orangnya, disebalik pasrah itu terbungkam di hati aku rasa tidak puas hati.

Zaman kecil dahulu, aku tidak pernah untuk berfikir ataupun mencari apakah sebab ayah aku tidak mahu menunaikan permintaan aku.

"Oh ayah, Tak pernah ku tanya, Kemana tumpahnya keringatmu, Oh ayah, Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu, Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku, Yang sedaya ayah laksanakan"Sentuhanmu, inteam.

Kini setelah mahu menjadi bapa ataupun suami orang, barulah aku sedikit demi sedikit memahami kesusahan menjadi seorang ayah ataupun suami.

"Lestari kasihmu tanpa batasan, Sempadan waktu yang memisahkan, Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa, Sentuhanmu amat bermakna.."Sentuhanmu, inteam.

Al-Fatihah untuk ayahandaku semoga aman dikau di sana.

9 Comments:

Blogger jagoan said...

Memang lain orang yang ada ayah dan orang yang sudah kehilangan ayah

8:53 AM

 
Blogger BooK said...

aku baru tau ada lagu inteam camni
dan aku baru dengar

dulu. masa aku darjah 3.
aku hantar sajak ke sebuah majalah kanak-kanak.
sajak tu dimuat kan pada muka dalam kulit belakang. berwarna.

10:55 AM

 
Blogger singabeng said...

attoch,
kepada sesiapa yang masih ada lagi ayah, hargailah.

book,
wahh mantap, darjah 3 dah boleh berpuisi, aku darjah tiga paling benci belajar menulis. hehe

12:09 PM

 
Blogger fiq said...

akan aku ambil sebagai pedoman, al fatihah

10:50 PM

 
Blogger Amanitium Cho said...

weh, dude, kau da kawen ke? biar betul ni.

12:00 AM

 
Blogger singabeng said...

dnapple,
kalau dah tua masih memberontak tu aku rasa something wrong ngan ko tu.

fiq,
terima kasih.

aman,
weh, ko tengok betul-betul ayat aku tu, "Setelah mahu menjadi bapa atau suami orang", tak bermaksud aku dah kawin.. huhu

7:20 AM

 
Blogger Amanitium Cho said...

setelah mahu menjadi bapa atau suami orang..

ayat ini terlalu samar. haha!

7:36 AM

 
Blogger tumismenumis said...

Selagi ko tak jadi ayah ko tak dapat memahami dengan betul ayat ayat ni.

7:15 PM

 
Blogger singabeng said...

aman, aku setuju apa yang mazudi kata, sebab dia dah ada dua orang anak.

8:33 AM

 

Post a Comment

<< Home