Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Tuesday, October 03, 2006

30/9 Bukan 30/10

Aku dengan penuh bergaya, menanti kedatangan bas ekspress, sambil melihat jam, janji pukul 12.30 tengah hari bas sampai, tetapi sudah 12.45 tengah hari belum lagi sampai bas tersebut. Aku kepenatan menunggu, maklumlah puasa.

Akhirnya, 12.50 tengah hari bas sampai, lantas aku beratur untuk menaiki bas tersebut, dan menunjukkan tiket.

"Dik, tiket adik ni bertindan, sebab 7C dah ada orang duduk." Abang Driver.

"Hah? mana boleh, sebab saya dah beli tiket ni, macam mana boleh bertindan lagi."Aku.

"Cuba adik pi kat kaunter sat, check kat sana macam mana boleh bertindan."Abang Driver.

Aku bergegas menuju ke kaunter, serah tiket dan bertanya kenapa tiket aku boleh bertindan dengan orang lain.

Tidak sampai seminit, permasalahan aku terjawab.

"wehh, meh amik aku kat terminal nih, tiket aku si penjual tiket silap tulis, sepatut hari ni 30/9 dia tulis kat tiket 30/10."Aku menelefon Pumien untuk segera mengambil aku di terminal.

Dan. Terpaksalah aku berpuasa di kampung buat sehari lagi. Dan. Menaiki bas kembali pada malam keesokkannya.

Pengajaran, periksa tiket selepas membuat pembelian, jangan main bedal sahaja, periksa tarikh betul-betul jika tidak anda akan merasai kepahitan yang aku telah rasai ini.

7 Comments:

Blogger akirasuri said...

ahaha kesian singa yang ajaib...nape tak complain, kan salah orang kaunter :D

nota: tapi best apa dapat buka puasa dan makan kat rumah...nak balik...

2:53 PM

 
Blogger Amanitium Cho said...

haha, lagi lambat a nampaknya kau nak pergi sambung menuntut ilmu. haha. kan kau rajin dan minat amat. tentu kau rasa sedih. haha!

7:40 PM

 
Blogger fiq said...

lenkali cek elok2

11:14 PM

 
Blogger hayad said...

aha, lps bli tiket kena cek btul2.nnt sia2 jer

6:47 PM

 
Blogger Aku Bukan Bidadari said...

Cuti bnyk tak per leh cuti tergempaQ.. kalo tak der cuti kena amik MC ler kan kan

Salam..

4:00 PM

 
Blogger Diana Ishak said...

cuba ko explain sket camane ko cover malu kat counter tu.

1:30 PM

 
Blogger tumismenumis said...

Kalau la ko ni student aku, ko rasa aku boleh caya ker dengan alasan yg akan ko bagi nanti.

12:57 AM

 

Post a Comment

<< Home