Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Thursday, December 13, 2007

Hidup aku di bulan banjir

Minggu yang membebankan, minggu lepas dan minggu ini, diharungi bersama-sama rakan-rakan yang sependapatan. Ha ha RM2 dalam satu hari.

Aku. Masih lagi, tidak mendapat gaji bulan lepas dan bulan ini, masih 'pending', mungkin di atas keterlewatan aku masuk kerja. Mungkin juga Bos aku ingin menguji kesabaran aku.

Minggu ini, tidak tahan dengan kerenah, aku dan kawan aku, sama-sama, head department secara tidak langsung menyatakan mogok lalu makan nasi, tidur di rumah masing-masing pada waktu bekerja tanpa datang ke pejabat.

Dan. Hanya aku, sahaja membilang rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi, tanpa ada suatu keseronokan dirasai ketika hujan ini. Melainkan kawan aku, yang baru sahaja berumahtangga pada dua minggu lepas, mungkin sibuk meramaikan rakyat Malaysia sekarang ini. Ha ha ha.

Setelah habis sahaja program kanak-kanak Tadika senegeri, aku ingatkan tugas aku sudah habis begitu sahaja. Tapi ada perkara lain yang lebih dasyat yang muncul yang memerlukan poket berisi wang untuk menjalankan tugas tersebut.

Aku termenung. 4 hari lepas Najmu telefon aku untuk jadi kuli-kuli di satu program anak-anak tadika lagi, yang sekarang ini masih berlangsung dengan aktiviti yang telah dirancang sehinggalah hari sabtu. Aku meminta maaf kepada Najmu kerana tidak sempat hadir ke program tersebut di atas banyak perkara.

Satu, poket aku yang sesungguhnya kering, sehingga aku malu untuk balik berjumpa dengan Mak aku. Aku tidur sahaja dipejabat YB. YB seronok jika aku ada di sana, kerana kerja-kerja menjadi jaga sepenuh masa telah ada orang menggantikan setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki aku di sana.

Kedua, pengarah kanak-kanak tadika peringkat negeri asyik mengarahkan aku buat itu dan buat ini. Jadi hari ini adalah hari terakhir untuk aku menghantar laporan perihal kanak-kanak tadika tersebut.

Aku pun mengerti, kenapa Tuhan masih lagi tidak mengijab kabulkan aku dengan sesiapa pun. Kerana hidup aku tidak seperti hidup orang lain. Yang masanya begitu banyak untuk mencari kesenangan dunia. Sedangkan aku, waktu terhad, kerja pun tidak mendapat gaji sebagaimana adanya.

Kini cukup 5 hari aku mogok, sambil kerja tanpa gaji di pejabat YB ni, melihat kesengsaraan rakyat-rakyat di dun ini disebabkan bencana banjir, aku menjadi terharu, ada orang lagi yang lebih malang daripada aku. Takziah aku hulurkan kepada mangsa-mangsa banjir ini, supaya tabah mengharungi dugaan ini.

Hidup kini, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, begitulah setiap masa, tapi aku masih ingat ayat Ustaz aku, "Jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu.." Ayat itu aku pegang untuk menjadi kekuatan untuk hidup di hari hadapan.

Namun, dalam keadaan aku masih tertekan ini, ada lagi sahabat yang tertekan dengan hidup sehingga sanggup berkongsi hidup dengan aku dengan sms "Singa, hang kena tolong aku, aku x ada sen ni, hang tlg pinjam kan aku RMXX"

Aku tersenyum dengan sms tersebut, tak mampu untuk dibalas, kerana kredit tidak ada. Ha ha ha.

Beginilah kehidupan, jika di masa zaman Tadika dahulu aku asyik menunding jari ke arah pimpinan itu dan pimpinan ini, salah itu dan salah ini, dan akibatnya aku diajar secara begini untuk memahami perasaan pimpinan ketika itu.

Ramai ingin menghulurkan bantuan, tapi aku mahu cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah aku ini dengan cara sendiri tanpa mengharap bantuan daripada sesiapa pun.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ex-calon zaujah aku dahulu kerana banyak membantu aku semasa aku di Tadika dan di mana-mana sahaja. Sebab sekarang aku gembira kerana peganti aku lebih mantap daripada aku. Alhamdulillah.

Hari ini, masih hujan, redup menandakan hujan tidak akan berhenti.