Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Monday, September 25, 2006

Di Hari Kedua Puasa

Hari kedua puasa, hari yang aku rasakan sungguh mengantuk, aku tidur seharian.Ha ha ha. Makruh puasa aku secara automatiknya.

Hari kedua puasa tidak segagah hari pertama puasa, itu yang memelikkan aku, sepatutnya aku lebih gagah selepas berpuasa pada hari pertama.

Sampaikan sms bertalu-talu sampai ke telefon aku pun tak disedari, punyalah sedap tidur hari ini. Bagaikan diulit-ulit oleh bidadari-bidadari syurga layaknya. ;p

"weh cepat siap-siap, aku amik ko lepas ni sebab nak pi pasir mas dalam kol 2.30 petang, ada projek skit." Pumien. Via SMS.

Di antara SMS yang tidak sempat aku baca, dan mengakibatkan aku disumpah seranah tatkala pukul 2.35 petang hari ini, semasa di pembaringan, oleh kepala yang menjenguk di jendela bilik aku.

"Hoh! nak jimat sangat, sape suruh tak call, men sms je. ko ni memang kedekut taik idung masin"Aku.

"Aku pi dululah, kalau ada pe pe yang menarik ko akan rasa menyesal sampai mati sebab tak ikut aku."Pumien.

"Ha ha ha!"Aku.

Opss! Aku belum pergi beli minuman buka puasa. Aku pergi dulu, cau cin cau.

Eh.. mana satu pilihan korang, nak minum air tebu ke tuak? dua pilihan tu je aku bagi, jangan tambah air soya pula.

Nota Kaki Bukit:
Entri ini ditaip 45 minit sebelum berbuka puasa. Orang kata, doa orang sebelum berbuka puasa mustajab. Jadi, korang doa-doakanlah kebaikan untuk aku ye. ;p

Nota Tambahan:
Oit! oit! semua bloggers, lepas raya ada RAPAT GJ'06, Sesiapa berkelapangan dipersilakanlah, maklumat lanjut sila ke :

Laman RAPAT GJ'06
Calonkan blog kegemaran anda untuk anugerah

Amaran: Jangan cuba samakan RAPAT GJ'06 dengan rapat umum yang biasa-biasa dibuat, dijalanan. Walaupun ramai penembak curi hadir pada majlis tersebut, ia tidak bermakna akan memberi ancaman kepada sesiapa. ;p

Saturday, September 23, 2006

Eh! Eh! Dah Ramadhan Rupanya, Ku ingatkan Syawal

Aku turun tergesa-gesa dari masjid, selepas solat subuh, tak sempat berwirid, sebab mengantuk sangat, di bulan Ramadhan. Bila sampai di bawah masjid. Aku tengok kawan-kawan aku, rilek je, masih lagi menyedut-nyedut asap, bagaikan masih malam lagi.

"Weh, kalau tak nak puasa pun janganlah korang hisap kat sini, bawah masjid lagi tu, pehal!"Aku.

"Buduh le ko nih, ko nih tau tak apa yang dimaksudkan dengan puasa?"Kawan aku tu.

"Taulah, puasa tu menahan diri dari makan minum termasuk hisap rokok sekali."Aku.

Maka terdengarlah ketawa mengekek-ngekek dari sekumpulan kawan aku tu, menandakan aku ini begitu bodoh menafsirkan maksud puasa.

"Ko tahu tak, puasa itu maksud dia menahan diri dari makan, minum tu semua, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari."Kawan aku tu.

"Jadi?"Aku kebingungan.

"Jadinya, sekarang ini ko ada tengok matahari naik dah ke?"Kawan aku tu.

"Owh.. owh.. gitu."Aku.

Kebetulan pada waktu itu mentari belum lagi menyinari pagi, maklumlah baru sahaja subuh.

"Kalau gitu, meh aku sepam"Aku.

-Tamat Cerita-

Cerita di atas terjadi ketika aku tingkatan 2. Selepas itu barulah aku ketahui, aku dan sekawan bodoh yang amat ketika itu. Ha ha ha.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, semoga puasa kali ini dapat mengubah kita untuk menjadi umat Islam yang cemerlang, gemilang dan yang paling penting sekali tidak temberang.

Dan. Aku juga nak ucapkan selamat pergi dan balik kepada sahabat aku, yang baru sahaja berlepas ke Hong Kong. Aku pelik, bila bulan puasa orang ke Mekah tunai umrah, ko lak pi melancong ke Hong Kong. Tapi tak apa, duit ko, lantaklah.

Selamat Berpuasa!.

Nota Tambahan:
Oit oit semua bloggers, lepas raya ada RAPAT GJ'06, Sesiapa berkelapangan dipersilakanlah, maklumat lanjut sila ke :

Laman RAPAT GJ'06
Calonkan blog kegemaran anda untuk anugerah

Amaran: Jangan cuba samakan RAPAT GJ'06 dengan rapat umum yang biasa-biasa dibuat, dijalanan. Walaupun ramai penembak curi hadir pada majlis tersebut, ia tidak bermakna akan memberi ancaman kepada sesiapa. ;p

Monday, September 18, 2006

Aku Mahu Ada 4 Cawangan

Cuti hari minggu, aku pergi melancong . Aku berhenti di dataran rehat, untuk lepaskan penat seketika.

Sambil lepak-lepak tunggu hujan berhenti, ada brother datang kat aku, mungkin dia nak tumpang berteduh dengan aku.

Tap! Tap! Tap!

Brother tu keluar rokok sekotak dan dia cuba beramah mesra dengan aku, dengan menghulurkan rokok. Aku senyum sahaja.

"Tak pa bang, saya tak hisap."Aku.

"Dude, ko nak gi mana?"Brother tu.

"Nak pi kat Gombak, abang lak?"Aku.

"Aku nak pi Klang.".Brother tu.

"Huh, jauh tu, dari Gombak kena tambah 2 jam lagi."Aku.

"Nak wat macam mana, bini aku kerja kat sana."Brother tu.

"Abis, abang kerja kat mana? ulang alik ke?"Aku.

"Aku kerja kat Jaya Gading, Pahang, aku pi hujung minggu je kat sana."Brother tu.

"Uiskk, boleh tahan ke hari minggu je pi sana?"Aku.

"Mana boleh tahan dude, ni pun dapat dua malam, cukuplah"Brother tu menunjukan muka kegersangan.

"Ha ha ha."Aku gelak dalam hati, bimbang sebab dia badan besar lagi dari aku, kalau dia tumbuk aku memang tak terlawan.

Aku senyum je.

Usai sahaja hujan, kami beredar dari situ. Aku pun terfikir, kalau aku jadi macam dia apa patut aku buat.

Adakah aku perlu membentuk cawangan baru? Ha ha ha.

Friday, September 15, 2006

Akhbar Yang Budus Lagi Bangang

Hari ini, aku cukup terkesan bila membaca Utusan Online, jiwa aku menjadi benci dan seterusnya mengecam akhbar online tersebut bila akhbar itu menyatakan bahawa :

"Menteri-menteri Kabinet Palestin daripada kumpulan militan Hamas meletakkan jawatan sebagai langkah ke arah pembentukan sebuah kerajaan perpaduan dengan pergerakan Fatah yang berpendirian sederhana." Utusan Online.

Apakah akhbar tersebut semakin bodoh bahasa melayunya, sehinggakan tidak tahu, apakah maksud militan yang sebenarnya?

Apakah akhbar itu bodoh dan jahil sejarah? Apakah Hamas menang dengan cara peperangan ataupun rampasan kuasa?.

Amat bodoh dan bangang akhbar tersebut.

Thursday, September 14, 2006

Bayi Terrorist

Karim hantar sms kepada aku.

"Salam, bini Sodiq selamat lahirkan anak semalam, anak laki" Karim.

Semalam tu merujuk kepada 11 September 2006.

"Ha ha ha anak terrorist!."Aku.

"Patutlah sodiq tak nak bagitau ko sendiri, dia suruh aku! miahahaha." Karim.

Tahniah kepada Sodiq sebab dah dapat cahaya mata di awal usia 23, aku yang dah tua ni belum lagi ada anak, bini pun tak ada lagi, huhuhu.

Wednesday, September 13, 2006

Sentuhan Keramatmu

"Terpanar aku pada sentuhan keramatmu, Mengheret aku mentafsir memori silammu, Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu, Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu"Sentuhanmu, inteam.

Zaman kecil dahulu, aku lebih suka bermain nyorok-nyorok, guli, berlaga getah dan bermacam-macam lagi daripada terperok di rumah menonton televisyen. Aku hanya menonton televisyen bila mana iklan sahaja, iklan alat permainan atau seumpamanya yang dipaparkan di televisyen, selepas itu aku akan minta ayah aku belikan.

Apabila sesuatu permintaan aku kepada ayah tidak ditunaikan, aku akan mengamuk dan meradang. Dan menunjukkan muka masam bagaikan muka tapir yang kehilangan anaknya.

"Surut dedarku pada usapan manteramu, Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu, Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu, Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu"Sentuhanmu, inteam.

Tapi aku pasrah sebab ayah aku sangat tegas orangnya, disebalik pasrah itu terbungkam di hati aku rasa tidak puas hati.

Zaman kecil dahulu, aku tidak pernah untuk berfikir ataupun mencari apakah sebab ayah aku tidak mahu menunaikan permintaan aku.

"Oh ayah, Tak pernah ku tanya, Kemana tumpahnya keringatmu, Oh ayah, Tak pernah ku hitung Berapa banyak kerutan di dahimu, Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku, Yang sedaya ayah laksanakan"Sentuhanmu, inteam.

Kini setelah mahu menjadi bapa ataupun suami orang, barulah aku sedikit demi sedikit memahami kesusahan menjadi seorang ayah ataupun suami.

"Lestari kasihmu tanpa batasan, Sempadan waktu yang memisahkan, Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa, Sentuhanmu amat bermakna.."Sentuhanmu, inteam.

Al-Fatihah untuk ayahandaku semoga aman dikau di sana.

Sunday, September 10, 2006

Aku Tak Sengal

Aku hairan, kenapa sudah ada bunyi cengkerik di dalam blog aku ini, bukan setakat cengkerik, tapir pun ingin menyanyikan lagu, jika ditinggalkan lebih lama lagi.

Kali terakhir aku 'online' ialah berbual dengan badut logam yang comel lagi gedik. Ha ha ha. Dia sungguh mesra tetapi dia tidak gedik terhadap aku pada hari itu, yang pasti, dia tidak percaya, aku guna arang batu untuk sisha. Dude, perisa yang paling aku suka capucinno, aku tak pernah cuba chunky.

Yahoo Messenger aku sudah gila agaknya, walaupun aku sudah 'offline' dia tetap, tetap menunjukkan ke'online'nan aku kepada rakan-rakan. Sampai ada yang kata aku sombong sebab tak menjawab salam ke apa ke. Maaflah, YM aku sengal.

Sehingga hari ini, aku teramat sibuk, jika aku lambat update, tataplah gambar binatang cute tu puas-puas. Kerana di blog aku sahaja, setakat ini aku jumpa, yang mampu melekatkan gambar tersebut. Ha ha ha.

Tuesday, September 05, 2006

Binatang 'Cute' Yang Tidak Bersalah

Sahabat-sahabat sekalian, jika binatang di bawah, bila kita berada di Ireland, Amerika, Britain mahupun di negara lain. Mestilah, mereka akan berkata, binatang tersebut 'cute', comel dan sebagainya. Seterusnya harus dibelai bagaikan kita membelai seekor kucing peliharaan ataupun hamster selayaknya.

Gambar Binatang.

Jika di negara kita, yang mengamalkan Islam Hadhari, tidak mungkin anda mahu membelai binatang di atas ini, sepertimana di negara-negara lain, walaupun se'cute' manapun binatang tersebut.

Begitulah, lain tempat lainlah persepsinya di atas satu-satu perkara. Maka, dengan selesainya misalan di atas dapatlah kita mengambil iktibar.

Iktibar 1

Bilamana agama lain, mengatakan bahawa setiap agama adalah sama, tiada yang tertinggi. Maka kita sebagai orang Islam hendaklah mengatakan, bahawa, tiada agama yang tertinggi sekali melainkan agama Islam.

Iktibar 2

Mungkin dalam bentuk persoalan. Jika anda dipaksa untuk memilih memegang satu perkara dari dua perkara, iaitu binatang di atas ataupun seorang wanita/lelaki yang bukan muhrim bagi anda, yang mana satu anda hendak pegang? Sila jawab dengan jujur.

Nota Kaki Bukit :
Aku lupa, nak letak nama binatang tersebut, terserahlah kepada kamu semua untuk menamakan binatang tersebut dengan nama yang disukai.

Hari Melawat Sedunia
Cina Muslim Boleh Jadi MB - Tuan Guru Nik Aziz

Sunday, September 03, 2006

Cinta Itu Buta

Jika aku katakan ini, pasti, kau dan aku, akan berfantasi bermacam-macam. Aku hanya hendak mengatakan, cinta itu buta, itulah sebab mengapa orang bercinta meraba-raba. Mungkin mereka tidak nampak.

Gambar 1

Keterangan Gambar 1 : Sekadar untuk menyedarkan diri korang semua, tidak lebih dari itu, sila click untuk besarkan, supaya lebih jelas lagi, apa sebenarnya nak disampaikan.

Friday, September 01, 2006

Budget Batuk

Pengurangan Cukai korporat.

"Uhuk uhuk uhuk!".

Rebet cukai bagi komputer peribadi.

"Uhuk uhuk uhuk!".

Subsidi minyak.

"Uhuk uhuk uhuk!".

Walaupun kurang sihat, Menteri Perdana cekal membentangkan Belanjawan. Pengajaran buat semua, jangan guna alasan kesihatan untuk lari dari tugas.

Walaupun aku tak sihat hari ini, aku tetap jalankan tugas aku, lebih kurang pukul 12.00 tengah malam aku akan tidur.

Selamat Malam Malaysia!.