Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Sunday, March 11, 2007

Suatu hari di seminar IT

Uih Pak Adnan sedap mengata. Dia kata bloggers ni semua pembohong, lepas tu hampir 80% dari 100,000 blogger adalah perempuan yang menganggur. Kalau tak percaya baca ni .

Isk isk ramainya perempuan yang menganggur dari lelaki. Ha ha. Untuk mengelakkan dari stress oleh sebab itulah ramai perempuan main blog. Agaknyalah.

Semalam pergi seminar IT. Seminar yang aku tak tahu apa fokus sebenarnya. Yang datang Pakcik dan Makcik, pendek cerita bagaikan anda membentangkan buku Termodinamik kepada nelayan dan penoreh getah, gitulah agaknya.

Sikap aku, aku tak boleh melihat orang keboringan, aku pasti akan boring bersama. Aku menyusup keluar dari seminar, nasib aku baik, aku terserempak dengan pimpinan Mahasiswa yang memang aku kenali.

Lantas aku menegur, dan dia berkata kami tengah berprogram, tapi di tempat lain. Lantas aku pergi untuk menjenguk. Kerana sudah lama aku tidak merasai keadaan sebegini setelah menjadi banduan .. opss silap graduan lah.

Bila sampai ke tempat program, aku keriangan sebab yang mengendalikan program tersebut rakan-rakan pimpinan Mahasiswa yang aku amat kenal, daripada aku menghabiskan masa mendengar seminar baiklah aku jumpa dengan diorang.

Kami bertanyakan khabar antara satu sama lain, maklumlah lama tak berjumpa, dan aku merasakan bagai nak masuk ke kampus semula, untuk bergerak aktif semula. Tapi apakan daya aku bukan di alam Mahasiswa, aku sudah di alam Pemuda.

"Syeikh, rugi enta tak join demo palestine semalam, ramai betul, dan di laporkan di utusan hari ini secara detail." Sahabat 1.

Peserta-peserta program yang terdiri dari pimpinan setiap kampus tersebut semakin ramai dari yang terdahulu, aku cukup gembira melihat keadaan tersebut.

Aku harap slogan "Student Power!" terus bergema.

Aku kembali semula ke rumah dengan cukup puas hati, walaupun seminar tidak memberi sebarang kebaikan kepada aku, perjumpaan dengan sahabat-sahabat dari kalangan Mahasiswa sudah cukup bermakna kepada aku.

Lebih 1,000 mahasiswa demonstrasi kutuk Amerika, Israel

Monday, March 05, 2007

Rumah terbakar panggil bomba

Semalam balik kerja, sambil nyanyi-nyanyi atas motorsikal, lebih kurang pukul 5.30 petang, telefon aku berbunyi.

"Singa, duk kat ne, cepat datang rumah, kita nak gi kat rumah terbakar" Ustaz Yie.

"Uiskk tak sampai rumah lagi, nanti sampai saya pi la umah ustaz" Aku.

"Tak yah balik le rumah dulu, esok boleh balik" Ustaz Yie.

"Ha ha ha.." Aku.

Sampai sahaja di rumah Ustaz Yie, kami terus ke tempat kejadian.

Dalam kereta aku tanya,

"Ustaz, kita nak gi sana kita nak wat pe?" Aku.

"Alah ko nih, gi saja je la, jangan banyak soal, penting ni" Ustaz Yie.

Lebih kurang setengah jam, kami sampai ke tempat kejadian, aku tengok ramai orang dah ada, sampaikan ada wartawan. Rupanya 3 biji rumah terbakar, dan majlis penyampaian bantuan oleh bakal YB untuk mangsa-mangsa kebakaran rupanya.

Aku tengok Ustaz Yie, dia tersengih je. Habis sahaja majlis penyampaian bantuan, bakal YB datang mendekati aku.

"Singa, terima kasih kerana datang meramaikan majlis" Bakal YB.

"Alahai, Ustaz Yie ni memang nak pekenakan aku" Kata aku dalam hati.