Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Monday, November 27, 2006

Anggur 8 Kilo!

Aku baru sampai kat rumah, aku pun baru sahaja jadi penanam anggur, kepada penanam-penanam anggur sekalian, sila beri tunjuk ajar, kerana anda lebih memahami dari aku ini.

Dunia pengangguran.. owh satu mimpi ngeri.

Friday, November 24, 2006

Thunder, Thunder Cat Hooo!

Sewaktu kecil dahulu, aku suka menonton kartun, ada satu kartun yang best iaitu Thunder Cat, korang semua yang lahir dalam 80'an mesti sempat menonton kartun ini. Mesti dulu kalau main kad kecil tu korang mesti beli yang ada gambar Thunder Cat, tak pun Gaban.

Hoh, apa kaitan Thunder Cat dalam entri aku ini? Ya! Ya! Sebab aku pelik kenapa keris menjadi topik yang hangat dalam persidangan di sebuah tempat yang terpaksa dirahsiakan sebabnya ia mungkin tidak akan ditayangkan secara langsung sedikit masa lagi.

Apakah keris tersebut mampu memanjang seperti pedang Thunder Cat, apabila dijerit Thunder, Thunder, Thunder Cat!?. Kenapa pula hendak dihunus dan membunuh orang? Oh, sungguh rumit untuk difikirkan.

Aku ingat golongan inilah, sangat sensitif dengan masyarakat majmuk, bila orang kata nak laksana hudud, terus dijawab, negara ini mempunyai masyarakat majmuk, kita tidak boleh buat. Kita kena jaga sentiviti masyarakat. Kata dia.

Bila ada orang kata, golongan murtad sudah semakin ramai. Dia akan kata "syhhhhhh.. diam diam, ini akan mengganggu gugatkan keadaan masyarakat majmuk". Kata dia.

Owh owh, baru aku tahu, orang lain buat tidak boleh, dia buat boleh. Inilah sebuah negara yang mana dacing di setiap tempat tiada yang seimbang, dacing tersebut mesti berat sebelah, sama ada kanan ataupun kiri.

Ah! Apa yang aku melalut ni? Aku nak cerita Thunder Cat kenapa aku cerita benda lain? Sila abaikanlah cerita di atas. Ia akan mengganggu emosi anda ketika ini. Buat-buat lupa, apa yang anda telah baca. Diam, diam, diam.

Ye tak ya, aku dah lama cari kartun Thunder Cat ini untuk dibuat koleksi, untuk kenang-kenangan. Siapa yang ada?

Tuesday, November 21, 2006

Aku Sudah Dewasa

Malam ini, sepintas lalu aku melawat blog rakan-rakan. Wah! Ramai yang sudah tukar url, Wah! Ramai yang dah tukar template, Wah! Banyak betul entri baru yang belum aku baca, Wah! Dan ada juga blog rakan-rakan yang tidak dapat dimasuki.

Malam ini, aku terasa ketinggalan 20 tahun ke belakang dalam bidang blog ini. Hanya tinggalkan tidak sampai 2 bulan, aku tidak akan dapat kejar apa yang diorang cerita sekarang ini.

Rakan-rakan sekalian. Jika aku tersalah cakap ataupun tercakap benda lama, maafkanlah aku, kerana aku ketinggalan.

Begitulah aku sekarang ini, semakin tua semakin lembab untuk berfikir, mungkin banyak benar masalah dan kerja yang ada sekarang ini, sehinggakan otak aku jadi amat lembab sekarang ini, dalam bahasa mudahnya aku tidak dapat kawal 'congestion' dalam kepala otak aku ini.

Betul cakap orang-orang tua dahulu, semakin umur engkau dewasa, engkau akan merasai apa yang aku rasa sekarang ini. Sekarang ini bolehlah engkau ketawa melihat aku, melihat aku kepenatan, melihat aku kesedihan, melihat aku kemurungan, melihat aku kesibukan. Nah! tiba masa engkau, engkau akan merasainya.

Aku. Sedar, sedikit demi sedikit, bahawa aku sudah semakin dewasa, banyak tanggungjawab yang sedang beratur, menunggu untuk aku pikul. Jika aku tidak pikulnya sendiri, kepada siapa lagi harus aku harapkan.

Mungkin, aku harus belajar, dengan cepat, bagaimana untuk menjadi orang dewasa, kerana..

Aku Sudah Dewasa.

Gurindam 12 Raja Ali Haji untuk pedoman:

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

Aku Ingin Pulang

Jika ada orang berjanji ingin membersihkan Malaysia daripada rasuah dan salah guna kuasa. Apakah salah aku, jika aku kata aku akan menulis setelah aku balik rumah?.

Apakah tidak layak untuk aku berjanji? Ha-ha-ha.

Harap dimaafkan janji aku yang terdahulu, aku tidak sempat untuk membuka blogger, kerana sebab-sebab yang tertentu.

Aku begitu rindu untuk menulis, tapi, apakan daya, malam ini baru sahaja aku rasa kelapangan. Aku juga ingin chat dengan dengan badut comel lagi gedik. Ha ha ha. Dah lama aku tak chat mengarut dengan dia. Badut tu la rakan mengarut aku di kala pagi hari, sewaktu masa dahulu.

Aku juga rindu nak lawat blog rakan-rakan. Insyallah mulai hari ini, saat ini aku cuba sedaya upaya kembali seperti dulu.

Aku ingin pulang.