Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Tuesday, November 21, 2006

Aku Sudah Dewasa

Malam ini, sepintas lalu aku melawat blog rakan-rakan. Wah! Ramai yang sudah tukar url, Wah! Ramai yang dah tukar template, Wah! Banyak betul entri baru yang belum aku baca, Wah! Dan ada juga blog rakan-rakan yang tidak dapat dimasuki.

Malam ini, aku terasa ketinggalan 20 tahun ke belakang dalam bidang blog ini. Hanya tinggalkan tidak sampai 2 bulan, aku tidak akan dapat kejar apa yang diorang cerita sekarang ini.

Rakan-rakan sekalian. Jika aku tersalah cakap ataupun tercakap benda lama, maafkanlah aku, kerana aku ketinggalan.

Begitulah aku sekarang ini, semakin tua semakin lembab untuk berfikir, mungkin banyak benar masalah dan kerja yang ada sekarang ini, sehinggakan otak aku jadi amat lembab sekarang ini, dalam bahasa mudahnya aku tidak dapat kawal 'congestion' dalam kepala otak aku ini.

Betul cakap orang-orang tua dahulu, semakin umur engkau dewasa, engkau akan merasai apa yang aku rasa sekarang ini. Sekarang ini bolehlah engkau ketawa melihat aku, melihat aku kepenatan, melihat aku kesedihan, melihat aku kemurungan, melihat aku kesibukan. Nah! tiba masa engkau, engkau akan merasainya.

Aku. Sedar, sedikit demi sedikit, bahawa aku sudah semakin dewasa, banyak tanggungjawab yang sedang beratur, menunggu untuk aku pikul. Jika aku tidak pikulnya sendiri, kepada siapa lagi harus aku harapkan.

Mungkin, aku harus belajar, dengan cepat, bagaimana untuk menjadi orang dewasa, kerana..

Aku Sudah Dewasa.

Gurindam 12 Raja Ali Haji untuk pedoman:

Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat

7 Comments:

Blogger jagoan said...

selain kau sudah dewasa. adakah kau sudah baligh?

9:33 AM

 
Blogger hayad said...

selamat kembali singabeng!

ari2 aku bukak blog ko tup2 arini bkk dah ada entry baru :D

5:55 PM

 
Blogger singabeng said...

attoch,
tidakkah tahu, manusia sekarang ini baligh ketika umur pertama mereka melihat TV? ha ha ha.

hayad,
Selamat Kembali, ha ha ha, macam balik perang lak.

7:17 AM

 
Blogger fiq said...

dude! aku ingat kau dah ke planet lain

8:22 PM

 
Blogger singabeng said...

dude! planet masih sama, tapi akal dah ke cydonia kat planet marikh sana tu .. ha ha

12:00 AM

 
Blogger Amanitium Cho said...

welcome home my man, you look awesome in that fur of yours...

ops, minta maaf dude, aku belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris...

4:19 AM

 
Blogger singabeng said...

dude, aku tahu sebenarnya ko nak cakap ko tak suka sains n math kena ajar dalam bi kan.. ala ala jangan pura-pura .. sb tau, dia akan tangkap ko lak lepas ni.

12:24 PM

 

Post a Comment

<< Home