Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Tuesday, December 12, 2006

Demo Nok Gi Mano?

Jangan anda terkejut, jikalau terjumpa dengan papan penunjuk arah ini, di airport berhampiran dengan anda.

Wednesday, December 06, 2006

Terlajak Perahu Bolehlah Belayar Ke Pulau Jerjak

Seperti biasa, naik sahaja bas, aku mesti menidurkan diri buat beberapa ketika. Aku rasa tidak lama aku lelapkan mata. Tetiba aku terpandang signboard ke Sentul.

Sudah, tak sempat dah nak cakap kat driver bas suruh berhenti.

"Bang!, bang! tolong berhenti kat greenday!"Aku.

"Oppss silap, bukan greenday bang, Greenwood.Ha ha."Aku

Abang tu menoleh kepalanya, dan mulutnya sedikit terbuka dan berbunyi

"Summer has come and passed.
The innocent can never last
Wake me up,
When September ends.

Like my father's come to pass, seven years has gone so fast.
Wake me up,
When September ends."
*
Lagu Wake me up when September ends

"Ha! Ha! Ha! Dia pakai chord D# bila start lagu tu bang, lepas tu baru masuk A minor."Aku.

Monday, December 04, 2006

Otak Aku Dah Penat, Perlukan CPR Segera!! Ha ha

Hari yang lepas, aku nak beli narayuda vol. 1 dari seseorang penulis yang berbakat.

"Ko jangan beli lagi narayuda tu sehingga dia keluarkan vol. 2"kata dia

Aku menjadi pelik, kenapa aku tidak boleh membeli? Adakah aku tidak cukup hensem untuk membeli narayuda vol. 1.

Pelikkan.

Tapi aku cukup pelik hari ini, perut aku tetiba meragam, mungkin perut aku meraikan apa yang dirasa oleh otak dan akal fikiran aku sekarang ini.

Otak aku berkecamuk dengan beberapa pertimbangan, pertimbangan tersebut tidak akan dapat diselesaikan dengan pendapat orang ramai. Hanya aku sahaja.

Otak aku dalam dua tiga menjak ini, tidak mampu untuk berfungsi dengan baik. Harap keadaan ini tidak akan lama.

Aku mengharapkan, aku kembali secara normal secepat mungkin. Sebab aku sudah penat dalam keadaan begini.

Friday, December 01, 2006

Kg Berembang Penutup Tirai Kesedihan 2006

"Singa, meh naik cepat, ada kerja kat sini, lepas tu ikut sekali turun ke Kg Berembang pertahan surau kat sana, sebab surau tu nak dirobohkan pagi esok." Sahabat aku.

"Tak sempat, aku kena setelkan kerja di kelate dulu, hari isnin atau selasa ni baru aku naik KL." Aku.

"Wokeh, jumpa nanti." Sahabat aku.

Petang keesokan,

"Singa, sahabat ko kena tangkap dek polis dengan 11 aktivis yang lain" Kairo.

"Huh!, biar benar ko." Aku.

"Kalau tak percaya ko tengok tvpas nanti, benda tu akan disiarkan kat situ"Kairo.

Memang benar, pada malam tersebut disiarkan:

BUMI KAMPUNG BEREMBANG SAKSI KERAKUSAN MPAJ, POLIS

TIDAK AKAN BERGANJAK - PENDUDUK KAMPUNG BEREMBANG

Aku berbangga mempunyai sahabat sedemikian, bukan pandai cakap sahaja, tetapi mengotakan apa yang dicakap.

Sahabat, Selamat Berjuang. Jumpa di sana.

Kata keramat yang paling aku suka,

"Don't want to sit down behaving like a cunt, while watching my mate do best they can. "