Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, February 28, 2007

Aku Ubini?

Malam yang lepas, aku begitu mengantuk, lepas magrib aku meletakan kepala aku di bantal, sambil mengira biri-biri.

"weh! bangun mak aku suruh pi ajar adik aku!" Iskandar menjenguk kepalanya di jendela bilik aku.

"Aduslah aku baru nak tido nih, aku tak tido siang ari ni, jadi ngantuk sesangat!" Aku.

"Takde-takde, dah le telefon tutup, pintu pagar berkunci, aku panjat pagar tadi masuk sini" Iskandar.

"Ha ha ha, nasib ko lah" Aku.

"Cepatlah mangkuk, kawan adik aku datang gak nak belajar ngan ko, cepatlah, kakak dia lawa wuuuu" Iskandar.

"Ceh.. adik die nak belajar bukan akak dia" Aku.

"Ala ala sambil ko ngajor tu die usap-usap pale ko" Iskandar.

"Ha ha ha hampeh ko" Aku.

"Cakap kat diorang 20 minit lagi aku datang, aku nak mandi" Aku.

Dengan mata bengkak, aku pergi mengajar, apalah nasib aku, siang malam tiada masa rehat. Sampai rumah Iskandar mata melilau cari mana dialah akak budak ni.

"Weh! Mananya?" Aku.

"Aku tipu je, kalau aku tak wat gitu ko takkan bangun. Budak tu dah anak sulung mana ada akak agi. ha ha ha ha" Iskandar.

"Hampehh... " Aku.

Aku mengajar dan mengajar tetiba sms mengganggu aku.

"Singa, web aku jem, tolong tengokkan server tuh, tolonglah weh urgent nih" Acong.

Aku membalas mesra.

"Aku ada kerja ni, nanti kol 12 aku check". Aduh, rugi masa tidur aku.

Dan aku sambung mengajar dengan mata membengkak dan satu lagi sms.

"Singa, malam ni ada meeting, nape ko tak datang ni, cepat datang meeting dah nak start" Ustaz Yie.

Aduh, apalah nasib aku malam ni.

"Oklah adik-adik sila belajar sendiri, dan esok datang lagi ye, sebab saya kena pergi meeting dulu" Aku bergegas ke tempat meeting.

Meeting punya meeting sampailah pukul 12.30 malam. Balik tengokkan web orang lagi. Kira-kira pukul 3.00 baru aku dapat melelapkan mata.

Sungguh penat aku malam yang lepas. Dan aku terfikir elok juga aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang banyak. Semakin banyak aktiviti semakin aku lupa untuk memikirkan masalah yang aku hadapi.

Bila tenang sahaja masalah pasti menjelma, kenapa mesti macam tu? Ah biarkan asalkan kita tidak mengganggu kehidupan orang lain.

Malam semalam, aku rasakan badan aku tidak sihat, sejuk semacam, macam nak demam. Aku pergi awal ke rumah Iskandar mengatakan aku tidak dapat mengajar kerana demam.

"Ko demam ubini ke Singa" Mak Iskandar.

"Demam hape lak tu, tak biasa dengar" Aku.

"Demam nak berbini lah" Mak Iskandar.

Ha ha ha ketawa mengekek-ekek keluarga Iskandar malam semalam. Aku tunduk je tak terkata apa.

Kalau aku jawap "Ya", mungkin Mak Iskandar suruh aku kawin dengan adik Iskandar tu.. Ha ha ha parah aku.

Wednesday, February 21, 2007

Hari yang penuh kelemauan

"Selamat Tahun Babi", boleh dikira satu ucapan yang cukup kasar berbanding dengan ucapan "Selamat Tahun Khinzir" kata sahabat aku yang baru menamatkan pengajian di pondok moden.

"Ya ya ya.." Aku.

"Untuk elak dari kekasaran bahasa mengapa tidak diucapkan Selamat Tahun Baru Cina sahaja?" Aku.

Ucapan "Selamat Tahun Baru Cina" tidak akan memberikan maksud yang berfokus. Kata sahabat aku yang baru sahaja mengikuti kursus organisasi.

"OOOooooo..." Aku.

Hari ini aku begitu penat. Chairman ajak pergi mengular masa kerja. Kerana dia tahu aku akan duduk-duduk sahaja di pejabat tanpa ada setitik peluh akan keluar. Jadi dengan atas kesedaran kesihatan, beliau mengajak aku keluar dari pejabat.

Kami terus ke Kota Bharu bersama pemandu beliau dengan kenderaan mewah pancuan empat roda sudah tentu. Beliau di depan bersama pemandu dan aku di belakang.

"Wah... sedapnya duk belakang, tenang yang amat-amat disamping ada bodyguard dan driver" Kata aku dalam hati sambil tersengih-sengih.

Setiba di Kota Bharu, chairman kata:

"Singa, hang duk dulu dengan Abang Mi(pemandu), saya nak pergi jumpa peguam." Chairman.

"Eh eh Bos jangan saman lagi TMNet sebab kita tak tahu lagi betul ke masalah network ni berpunca dari TMNet ataupun masalah di server kita." Aku dengan menggelabah.

"Saya bukan nak gi file saman TMNet. Saya nak gi jumpa saudara saya untuk selesaikan kes yang dah di file kan semalam, dah dah ko ni asyik kalut je. Nah ambil duit ni pergi main jauh-jauh, saya telefon baru datang." Chairman.

"Fuuuuhhh.. " Aku.

Dan. Aku bersama driver pergi melihat keindahan lutut-lutut di KB Mall yang indah permai. Erm Ermm maksud aku KB Mall itu indah, bukan lutut.

Aku dan driver berjalan-jalan, melihat-lihat lutut sehinggalah chairman menelefon.

"Wehhh korang duk kat ne ni ... saya suruh tunggu kan jangan pergi mana-mana!" Chairman.

"Lorrrrrr... masa bila pula dia suruh tunggu ni.. isk iskk orang tua nih." Aku.

Driver masih lagi dalam tandas, akibat pertama kali makan pizza, tercirit agaknya. Aku yang terbengang akibat chairman marah-marah. Terus sahaja aku pandu kereta dan ambil Chairman yang masam mencuka dan terus sahaja balik ke pejabat.

Muka chairman semasam-masamnya, kami membisu sejuta bahasa di dalam kereta sehinggalah sampai di pejabat.

Sehinggalah telefon aku berbunyi akibat panggilan nombor yang tidak dikenali, aku agak itu public phone:

"Hoiii mangkuk! mana ko haaa.. dah dekat 2 jam aku cari ko dalam ni takde" Driver.

"Ha ha ha.. Ko ingat bas no 5. Ko naik bas tu.. sayonara....." Aku, dan terus letakkan phone.

"Ko nih.. satu ari tak pekenakan Abang Mi tu takleh ke?" Chairman.

"Ha ha ha ye la ye la .. nak pi amik la ni." Aku.

"Ko pergi amik ngan motor.. kereta saya nak guna!" Chairman.

"Adusss lemau aku .. perjalanan nak gi sana amik masa dua jam" getus aku dalam hati.

Disebabkan dengan itu, aku penat sampai ke malam. Dan tak sempat dah nak menaip lebih panjang lagi sebab sekarang mata aku tak sampai 0.1 cm buka. Dan dan aku nak..

Zzzzzzzz...

Sunday, February 11, 2007

Pagi yang dingin

Sambil mengambil angin pagi, di pagi hari, sambil menyedut udara yang dingin. Aku terkejut satu lembaga menyekat aku dan motorsikal aku.

"Singa, ko kerja kerajaan ke swasta?" Pak Da.

"Swasta, kenapa Pak Da?" Aku.

"Idaklah, kalau ko swasta aku nak panggil ko mesyuarat 2 3 hari lagi." Pak Da.

"Pssst psst Pak Da, bangunan kerajaan mana kita nak bom ni?" Aku.

"isk isk ko nih, tak abis-abis mengarut dari dulu lagi."Pak Da.

"Ha ha ha" Aku.

Tuesday, February 06, 2007

Aku seorang pekerja yang rajin

Demi waktu, hari demi hari, aku menjadi yang seorang yang malas yang amat-amat. Amat-amatlah malas.

Bangun solat subuh, menghantar Mak ke kebun, aku kembali ke dalam selimut untuk menyambung perjuangan. Sebelum berjuang, jam dikunci tepat pukul 9.

Dan. Zzzzz.

Berbunyi jam, lalu aku memang gemar untuk berfikir. Adakah aku nak pergi kerja hari ni? Fikir punya fikir aku terlena lagi sampailah terjaga buat kali keduanya pada pukul 10. Dan aku masih terfikir lagi adakah aku mahu pergi kerja?. Dan aku terlena lagi.

Dan pukul 1030 aku terjaga buat kali ke 3. Dengan langkah malas, aku pergi mandi dan sarapan. Sempat aku termenung di tangga. Adakah aku hendak pergi kerja hari ini?

Aku. Akhirnya pergi kerja dengan penuh kemalasan pada hari ini. Aku berjaya juga sampai ke pejabat tepat jam 1100.

Aku cukup berbangga hari ini, kerana aku berjaya pergi kerja. Walaupun jam bekerja di pejabat pukul 930 Ha ha ha.