Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Tuesday, February 06, 2007

Aku seorang pekerja yang rajin

Demi waktu, hari demi hari, aku menjadi yang seorang yang malas yang amat-amat. Amat-amatlah malas.

Bangun solat subuh, menghantar Mak ke kebun, aku kembali ke dalam selimut untuk menyambung perjuangan. Sebelum berjuang, jam dikunci tepat pukul 9.

Dan. Zzzzz.

Berbunyi jam, lalu aku memang gemar untuk berfikir. Adakah aku nak pergi kerja hari ni? Fikir punya fikir aku terlena lagi sampailah terjaga buat kali keduanya pada pukul 10. Dan aku masih terfikir lagi adakah aku mahu pergi kerja?. Dan aku terlena lagi.

Dan pukul 1030 aku terjaga buat kali ke 3. Dengan langkah malas, aku pergi mandi dan sarapan. Sempat aku termenung di tangga. Adakah aku hendak pergi kerja hari ini?

Aku. Akhirnya pergi kerja dengan penuh kemalasan pada hari ini. Aku berjaya juga sampai ke pejabat tepat jam 1100.

Aku cukup berbangga hari ini, kerana aku berjaya pergi kerja. Walaupun jam bekerja di pejabat pukul 930 Ha ha ha.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ermm..tuk pertama hari dan kali aku baca blog sang singa ni...sempat bc yg archives skit...then yg terbaru skit...nk komen bebanyak pun tak leh coz tak kenal sgt...but..
aku tertarik tuk komen bab MALAS ni...
ee..jumaat yg lepas kronik tuk idup aku...
rasa nk menjerit sampai putus urat leher..
tetiba 1 folder kat Mac aku hilang...semua artwork aku kat dlm tu lesap..(6 thn nya keje aku)
10min pastu bos besaq panggil nk bg surat appraisal..
dgn membebel nya yg panjang lebo..masuk telinga kiri..keluar balik telinga kiri..
sekali ..bukak surat..kenaikan gaji..x sampai 3angka..
memang mangkuk berayun betul laa..
konon company under Jutawan M'sia..tp kemut...
tu yg buat akuuu....malassss...nk wat keje...
so dr dia kedekut nk naik gaji aku...
biar aku naikkan bil dia bayar internet,,,,padan muka...

11:29 AM

 
Anonymous Anonymous said...

buat keje kerana Allah..gaji yg kita dapat nanti berkat ke tak?fikir la encik singa oooi..

2:16 PM

 
Blogger akirasuri said...

ha ha ha.
nak puji abang singa ni.

"memang singa yang nakal."

ha ha ha.

nota: hari ni pergi kerja tak ;)

3:30 PM

 
Blogger singabeng said...

ku_adlh,
aku bersimpati dengan nasib ko.

ano,
jika kita tidak mengetahui apa itu kerja seseorang, anda tidak boleh terus menilai dengan melihat tentang apa yang di ceritakan.

akira,
awak awak.. awak lagi nakal tau.
p/s hari-hari kerja tau sebab nak suruh datang pinang saya.

11:33 AM

 

Post a Comment

<< Home