Mungkin Nanti
Otak aku dah lama tidak berfungsi dengan baik, kerana itulah aktiviti memblog terbuntu sampai ke hari ini.
Aku terlepas untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Aman, yang mana telah dihantar oleh kerajaan untuk membantu pesakit-pesakit AIDS di Mongolia. Ha ha.
Aku tidak tahu, kenapa dan mengapa, aku tidak sempat untuk menulis walaupun 10 patah perkataan di blog aku sendiri. Apatah lagi hendak melawat ke blog rakan-rakan.
Hendak mengatakan aku ini sibuk sangat pun tak, tetapi aku sekarang tidak terdaya untuk menulis. Apakah ini ada salah satu penyakit?
Sehinggakan Saddam digantung pun aku ambil tak kisah je, sedangkan ada pihak di Iraq rela untuk berdemontrasi bantahan terhadap hukuman yang dikenakan itu.
Sehingga Mr Clean usap bahu model pun aku tak ambil kisah, huh. Aku nak gak Mr Clean gitu, jangan le buat sensorang, lain kali ajak aku join sekali. Ha ha.
Mungkin aku teruja baru dapat kerja, mungkin itulah semangat untuk memblog aku terhenti seketika. Mungkin.
Aku respek kepada blogger yang bekerjaya, sempat untuk menulis dan mengarut di blognya. Suspek tul kat korang.
Aku akan cuba jadi macam korang.
4 Comments:
alhamduliLLAH. selamat berkerjaya. Rezeki ALLAH pasti ada kat memana pun .Yosh!!Ganbatte ikimashhoi!!
2:01 AM
wah,dah dpt keje. TAhniah!
10:53 AM
ano,
Terima Kasih atas segalanya.
hayad,
terima kasih.
8:15 PM
Yo bro!
Keje kat mana sekarang haa?
10:57 AM
Post a Comment
<< Home