Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, June 27, 2007

'Sumbak' - Kata Ore Kelate

Aku rasa beban, buntu, dan perkataan-perkataan lain yang seangkatan dengannya dalam tempoh 2 , 3 minggu ini. Aku cuba mencucinya dengan ayat yang baru aku jumpa hari ini. Moga, dapat memberikan aku ketenangan.

“Nak,” kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum. “Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, cukup-cukup saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah.”

Petikan ayat dari blog ini.

Thursday, June 07, 2007

Semalam Hari Rabu, Lusa Cuti

Semalam, ada yang mabuk ada yang pening, kawan-kawan yang kita suka, lepak bersama-sama. Ada yang buat kerja dengan tekun, ada yang mengacau orang buat kerja, buat-buat mabuk dan bermacam-macam.

Aku kehilangan arah petang semalam, bila ditanya

"Wehhh! Mana kad jemputan program lusa ni, orang dah nak hantar" Azri.

"Aku duk di opis lagi, ko cuba cari kat PC satu tu, ada kat situ, aku dah buat!" Aku.

"Mana ada, aku tak jumpa!" Azri.

Aku dah panik, kerana aku terlupa hendak printkan kad jemputan tu, dan nama fail dan di mana aku simpan aku dah lupa.

"Takpe lah, aku buat kan, ada contoh kad jemputan program Sultan, aku tiru. Tapi syarat upah aku dunhill 20" Azri.

"Wokeh, tak de hal, ko nak bini pun aku rela carikan" Aku.

"Ha ha ha ... " Azri.

Tut...................

Balik dari pejabat, terus Ayie telefon

"Hoiiii, ko dah lupa ke janji pe ngan aku ni..." Ayie.

"Tak lupanya tunggu setengah jam, aku sampai" Aku.

Tut...................

Aku janji dengan Ayie hendak sama-sama baiki kereta, kereta aku ada masalah, ada ke meter km/h tak gerak. Selaju mana aku pecut tetap jarum tu lepak kat 0. Kalau speed trap dia shoot kat meter tak apa la juga, ini mahu setiap hari kena saman. Ha ha ha.

Sampai ke rumah terus ke rumah Ayie, malang benar nasib kami, kedai sudah tutup, agaknya tuan kedai tu dah kaya, dia tidak mahu kaya lagi untuk membaiki kereta kami.

Petang, aku lepak rumah Ayie, sambil tengok awek-awek kampung, dengan ayu dan sopan membawa motorsikal, bersiar-siar di petang hari nan damai....

Warta berita semalam, sumpah, seumur hidup aku tidak pernah melihat wajah Menteri Perdana yang begitu ceria dan gembira. Maklumlah dah nak ijab kabul.

Lepas warta berita, aku keluar lagi, sambung kerja yang tertangguh. Pergi ambil Azri di rumahnya, lepas tu terus ke Pejabat Bakal YB.

"Tak apa Singa, kerja ko dah kami setelkan dan ko jangan bimbang, program lusa dapat run punya!" Sofi.

Wah! wah!

Di saat itu baru aku faham akan keseronokan yang dirasai oleh Menteri Perdana bila mengumumkan tarikh pernikahannya.

Bezanya, aku tidak memanggil sidang media, akan tetapi aku terpanggil untuk pergi ke Restoran Rafedah, untuk melaburkan sebanyak mana perbelanjaan makan mee sup, mee hoon sup, nasi goreng dan bermacam-macam lagi kepada yang telah buat kerja aku itu.

Terima kasih kalian kerana memberi aku rasa gembira dan ceria seperti mana yang dirasai oleh Menteri Perdana.

Lasinda Cafe satu untuk Menteri Perdana supaya 'Kuat La Pulop!'

Wednesday, June 06, 2007

Ada Peganti Hari Sabtu Nanti

Menteri Perdana aku akan kahwin, Wah! Cepat sungguh dapat peganti. Menteri Perdana aku hendak nikah hari Sabtu ni. Apa-apa pun selamat berbahagia.

Aku tidak mahu mengharapkan apa-apa, cuma mengharapkan supaya Menteri Perdana aku lebih bersemangat untuk mentadbir Malaysia, supaya tidak belaku kekalutan dan ketiduran.

Mungkin, dengan adanya peganti, tidak perlulah untuk mengusap bahu orang lain, cukuplah. Adanya peganti, Menteri Perdana ku tidak akan mengantuk lagi masa di Parlimen.

Adanya peganti, Menteri Perdana ku lebih tegas dalam isu-isu menyentuh pasal agama. Adanya peganti, Menteri Perdana ku lebih tegas, lebih kuat dari orang yang tinggal di tingkat berapa tu... ala ala yang tu laa.

Paling besar harapan aku, dengan ada peganti, Menteri Perdana aku tidak akan menjualkan, seinci pun Malaysia kepada Singapura, ataupun mana-mana negara yang lain. Sungguh! inilah harapan aku yang terbesar.

Itu harapan terbesar, walaupun ada lagi harapan aku, khususnya turunkan harga barang, contohnya minyak ke apa ke, aku tinggalkan sebagai kenangan terindah untuk aku luahkan, kerana aku menganggapkan ia tidak mungkin akan berlaku.

Menteri Perdana ku, selamat berbahagia!.

Pak Lah kahwin Sabtu ini
Perdana Menteri kahwini Jeanne Abdullah sabtu Ini

Tuesday, June 05, 2007

Aku yang pokai, Nasib baik tak reti main pakau

Suatu hari, kakak aku menelefon ke rumah

"Singa, meh amik kereta ni, tolong sambung finance" Kakak Aku.

"Aduh, mana boleh lagi lesen pun belum ada lagi.. " Aku.

"Pergi ambil, lepas tu datang ambil kereta ni, sebab tak ada siapa nak guna" Kakak Aku.

"Macamlah pergi ambil lesen kereta macam nak pergi beli ikan kat pasar, terus dapat" Aku.

"Takkan ko takut nak ambil, aku dah tua ni pun berani pi ambil" Kakak Aku.

"Ye la ye la.. tapi kalau tak ambil kereta tu tak leh ke, ataupun ambil kereta tak payah bayar finance?" Aku.

"Mana boleh, aku kena tanggung 3 biji kereta lagi ni, alah ko tolonglah tanggung sebiji lagi tu" Kakak aku.

"Iskkk .. perit gak tu" Aku.

"Dah dah, ambil lesen kereta lepas tu datang ambil kereta" Kakak Aku.

Tut............

Aduh, lagi satu beban aku kena tanggung, kapchai belum habis bayar lagi, ditambah pula dengan kereta, mau kopak tiap-tiap bulan, aku hitung punya hitung, tolak makan minum topup minyak dan lain-lain lagi, dalam sebulan -300 yang tinggal, dan aku tidak tahu mana nak cekau yang lebih tu.

Dan aku ambil lesen, dan hari selasa yang lepas pergi ujian memandu dengan JPJ, nasib aku baik, terus sahaja lulus dengan cemerlang, walaupun banyak silap. Lantaklah janji dapat lesen.

Hari selasa lulus, hari khamis terus pergi rumah kakak, ambil kereta yang dijanjikan, kereta aku tak pernah tengok, kali pertama aku melihat kereta tu, sambil garu kepala yang tak gatal, banyak lagi kereta ni yang kena modify untuk bagi sedap sikit. Sekurang-kurangnya RM3000 lagi aku kena sediakan.

Aduh, kopak lagi aku agaknya...

Balik ke rumah, member aku tanya

"Ko dah cukup lengkap dah, rumah dah ada, motor ada, kereta ada, kerja ada, bila mahu kahwin?" Member aku.

"Ko tolong carikan kat aku, perempuan yang leh makan pasir, batu dan minum air sungai, lepas tu hantar resume kat aku, untuk aku pertimbangkan." Aku

Ha ha ha.. kami ketawa mengekek-ngekek kerana nasib kami, hampir serupa, iaitu pokai dalam terang.