Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Tuesday, November 13, 2007

Kembalinya Aku

Hari ini, aku bersihkan sedikit sawang-sawang yang ada dalam blog aku ni, dah lama tak jenguk. Sibuk gila agaknya.

2 Hari lepas,

"Tolong datang meeting hari ini, wajib, dilarang ada alasan, betempat di xxx pada waktu 5.00 petang" via sms Ida.

"Singa, pi check kat bank dan pergi umah akak ko check payment kereta, sebab akak ko cakap 3 bulan dah tak bayar.. " Mak aku.

Aku seluk dalam poket, ada RM1.

"Bak RM50 untuk ke sana.. " Aku minta dengan Mak aku.

"Aikk, dah kerja pun masih lagi tak berduit?" Mak aku.

"Ha ha ha" Aku.

Semalam,

"Hoi singa, ko mesti datang meeting esok, penting." via sms Ida.

"Bos, saya cuti mulai esok sehingga gaji penuh masuk." Aku.

Aku seluk poket, hanya tinggal RM2, nak isi minyak pun tak lepas nak pergi meeting. Aduh.

Tengah Malam Semalam,

"Singa, tolonglah pi keje, aku dah masukkan RM100 untuk kau, tolonglah aku tak sempat lagi nak masukkan full gaji ko, hari khamis ni aku janji" via sms Bos.

Start Kapchai..

La la la