Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Tuesday, February 05, 2008

Masa Depanmu Terjamin Sekali....

BN HYPER MARKET - Jom Beli!

Padamkan lampu tidurmu Pak Lah 2

Padamkan lampu tidurmu Pak Lah 1

Judi Judi Malaysia

Thursday, December 13, 2007

Hidup aku di bulan banjir

Minggu yang membebankan, minggu lepas dan minggu ini, diharungi bersama-sama rakan-rakan yang sependapatan. Ha ha RM2 dalam satu hari.

Aku. Masih lagi, tidak mendapat gaji bulan lepas dan bulan ini, masih 'pending', mungkin di atas keterlewatan aku masuk kerja. Mungkin juga Bos aku ingin menguji kesabaran aku.

Minggu ini, tidak tahan dengan kerenah, aku dan kawan aku, sama-sama, head department secara tidak langsung menyatakan mogok lalu makan nasi, tidur di rumah masing-masing pada waktu bekerja tanpa datang ke pejabat.

Dan. Hanya aku, sahaja membilang rintik-rintik hujan yang turun membasahi bumi, tanpa ada suatu keseronokan dirasai ketika hujan ini. Melainkan kawan aku, yang baru sahaja berumahtangga pada dua minggu lepas, mungkin sibuk meramaikan rakyat Malaysia sekarang ini. Ha ha ha.

Setelah habis sahaja program kanak-kanak Tadika senegeri, aku ingatkan tugas aku sudah habis begitu sahaja. Tapi ada perkara lain yang lebih dasyat yang muncul yang memerlukan poket berisi wang untuk menjalankan tugas tersebut.

Aku termenung. 4 hari lepas Najmu telefon aku untuk jadi kuli-kuli di satu program anak-anak tadika lagi, yang sekarang ini masih berlangsung dengan aktiviti yang telah dirancang sehinggalah hari sabtu. Aku meminta maaf kepada Najmu kerana tidak sempat hadir ke program tersebut di atas banyak perkara.

Satu, poket aku yang sesungguhnya kering, sehingga aku malu untuk balik berjumpa dengan Mak aku. Aku tidur sahaja dipejabat YB. YB seronok jika aku ada di sana, kerana kerja-kerja menjadi jaga sepenuh masa telah ada orang menggantikan setelah sekian lama aku tidak menjejakkan kaki aku di sana.

Kedua, pengarah kanak-kanak tadika peringkat negeri asyik mengarahkan aku buat itu dan buat ini. Jadi hari ini adalah hari terakhir untuk aku menghantar laporan perihal kanak-kanak tadika tersebut.

Aku pun mengerti, kenapa Tuhan masih lagi tidak mengijab kabulkan aku dengan sesiapa pun. Kerana hidup aku tidak seperti hidup orang lain. Yang masanya begitu banyak untuk mencari kesenangan dunia. Sedangkan aku, waktu terhad, kerja pun tidak mendapat gaji sebagaimana adanya.

Kini cukup 5 hari aku mogok, sambil kerja tanpa gaji di pejabat YB ni, melihat kesengsaraan rakyat-rakyat di dun ini disebabkan bencana banjir, aku menjadi terharu, ada orang lagi yang lebih malang daripada aku. Takziah aku hulurkan kepada mangsa-mangsa banjir ini, supaya tabah mengharungi dugaan ini.

Hidup kini, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, begitulah setiap masa, tapi aku masih ingat ayat Ustaz aku, "Jika kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong kamu.." Ayat itu aku pegang untuk menjadi kekuatan untuk hidup di hari hadapan.

Namun, dalam keadaan aku masih tertekan ini, ada lagi sahabat yang tertekan dengan hidup sehingga sanggup berkongsi hidup dengan aku dengan sms "Singa, hang kena tolong aku, aku x ada sen ni, hang tlg pinjam kan aku RMXX"

Aku tersenyum dengan sms tersebut, tak mampu untuk dibalas, kerana kredit tidak ada. Ha ha ha.

Beginilah kehidupan, jika di masa zaman Tadika dahulu aku asyik menunding jari ke arah pimpinan itu dan pimpinan ini, salah itu dan salah ini, dan akibatnya aku diajar secara begini untuk memahami perasaan pimpinan ketika itu.

Ramai ingin menghulurkan bantuan, tapi aku mahu cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah aku ini dengan cara sendiri tanpa mengharap bantuan daripada sesiapa pun.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ex-calon zaujah aku dahulu kerana banyak membantu aku semasa aku di Tadika dan di mana-mana sahaja. Sebab sekarang aku gembira kerana peganti aku lebih mantap daripada aku. Alhamdulillah.

Hari ini, masih hujan, redup menandakan hujan tidak akan berhenti.

Tuesday, November 13, 2007

Kembalinya Aku

Hari ini, aku bersihkan sedikit sawang-sawang yang ada dalam blog aku ni, dah lama tak jenguk. Sibuk gila agaknya.

2 Hari lepas,

"Tolong datang meeting hari ini, wajib, dilarang ada alasan, betempat di xxx pada waktu 5.00 petang" via sms Ida.

"Singa, pi check kat bank dan pergi umah akak ko check payment kereta, sebab akak ko cakap 3 bulan dah tak bayar.. " Mak aku.

Aku seluk dalam poket, ada RM1.

"Bak RM50 untuk ke sana.. " Aku minta dengan Mak aku.

"Aikk, dah kerja pun masih lagi tak berduit?" Mak aku.

"Ha ha ha" Aku.

Semalam,

"Hoi singa, ko mesti datang meeting esok, penting." via sms Ida.

"Bos, saya cuti mulai esok sehingga gaji penuh masuk." Aku.

Aku seluk poket, hanya tinggal RM2, nak isi minyak pun tak lepas nak pergi meeting. Aduh.

Tengah Malam Semalam,

"Singa, tolonglah pi keje, aku dah masukkan RM100 untuk kau, tolonglah aku tak sempat lagi nak masukkan full gaji ko, hari khamis ni aku janji" via sms Bos.

Start Kapchai..

La la la

Tuesday, August 14, 2007

Mungkin Di Tipu

Tadi Toha cakap kat aku

"Bluetooth aku dah sampai, ko punya dah kena tipu.. ha ha" Dia.

Aku pesan ipod melalui internet, sama dengan Toha, cuma dia memesan barang lain. Aku terlebih dahulu buat pembayaran, tetapi Toha yang terlebih dahulu dapat.

Apakah aku ditipu?

Cukup banyak kali ditipu di luar pada tahun ini, internet juga ingin menipu aku.

Bukan aku dah kena tipu, akan tetapi mungkin ditipu.

Barangkali.

Sunday, July 29, 2007

Wahai Monyet-monyet sekalian!

Anda Monyet? Anda monyet ke bloggers?

Memang itu kata-kata menantu Pak Lah

KIMANIS (Sabah), 28 Julai (Bernama) -- Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Mari Melawat Sambil Belajar
Wahai bloggers Malaysia, benarkah kita kumpulan monyet seperti dituduh Khairy?

Thursday, July 26, 2007

Penulis Tanpa Haluan Memulakan Tugas

Penulis upahan untuk melawan bloggers haluan kiri sudah mula memulakan tugas. Tahniah kepada Raja Petra yang tidak gentar atas ujian ditimpa ke atasnya. Beliau dibebaskan selepas 8 jam disoal siasat.

Aku. Teramat suka melihat komen Dato' Husam Musa

"kebelakangan ini kerajaan menjadikan 'bloggers' sebagai ancaman dan mengenakan tekanan bagi menyekat hak mereka menyatakan kebenaran.

Sedangkan, katanya ruang untuk bloggers menyatakan pendapat mereka sebenarnya boleh membantu kepada pembangunan sesebuah negara.

"Jika terdapat kesilapan di kalangan mereka (bloggers), mereka patut diperbetulkan, bukan diancam dan diugut serta diperlakukan begini. Dalam masa sama, hak rakyat untuk mengetahui segala maklumat turut dinafikan," tegas beliau"

Melawat Sambil Belajar
Raja Petra bebas selepas lapan jam disoal siasat

Monday, July 23, 2007

New Born!

Aku malas nak balas komentar, yang dilemparkan oleh akira dan fiq untuk kedua-dua entri, yang dianggap, mengerikan bagi aku.

Lupuskan segalanya.

Anggap hari ini, hari aku baru lahir ke dunia ini. Selamat menempuhi kehidupan.

Humcha!!