Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Saturday, September 23, 2006

Eh! Eh! Dah Ramadhan Rupanya, Ku ingatkan Syawal

Aku turun tergesa-gesa dari masjid, selepas solat subuh, tak sempat berwirid, sebab mengantuk sangat, di bulan Ramadhan. Bila sampai di bawah masjid. Aku tengok kawan-kawan aku, rilek je, masih lagi menyedut-nyedut asap, bagaikan masih malam lagi.

"Weh, kalau tak nak puasa pun janganlah korang hisap kat sini, bawah masjid lagi tu, pehal!"Aku.

"Buduh le ko nih, ko nih tau tak apa yang dimaksudkan dengan puasa?"Kawan aku tu.

"Taulah, puasa tu menahan diri dari makan minum termasuk hisap rokok sekali."Aku.

Maka terdengarlah ketawa mengekek-ngekek dari sekumpulan kawan aku tu, menandakan aku ini begitu bodoh menafsirkan maksud puasa.

"Ko tahu tak, puasa itu maksud dia menahan diri dari makan, minum tu semua, bermula terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari."Kawan aku tu.

"Jadi?"Aku kebingungan.

"Jadinya, sekarang ini ko ada tengok matahari naik dah ke?"Kawan aku tu.

"Owh.. owh.. gitu."Aku.

Kebetulan pada waktu itu mentari belum lagi menyinari pagi, maklumlah baru sahaja subuh.

"Kalau gitu, meh aku sepam"Aku.

-Tamat Cerita-

Cerita di atas terjadi ketika aku tingkatan 2. Selepas itu barulah aku ketahui, aku dan sekawan bodoh yang amat ketika itu. Ha ha ha.

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua, semoga puasa kali ini dapat mengubah kita untuk menjadi umat Islam yang cemerlang, gemilang dan yang paling penting sekali tidak temberang.

Dan. Aku juga nak ucapkan selamat pergi dan balik kepada sahabat aku, yang baru sahaja berlepas ke Hong Kong. Aku pelik, bila bulan puasa orang ke Mekah tunai umrah, ko lak pi melancong ke Hong Kong. Tapi tak apa, duit ko, lantaklah.

Selamat Berpuasa!.

Nota Tambahan:
Oit oit semua bloggers, lepas raya ada RAPAT GJ'06, Sesiapa berkelapangan dipersilakanlah, maklumat lanjut sila ke :

Laman RAPAT GJ'06
Calonkan blog kegemaran anda untuk anugerah

Amaran: Jangan cuba samakan RAPAT GJ'06 dengan rapat umum yang biasa-biasa dibuat, dijalanan. Walaupun ramai penembak curi hadir pada majlis tersebut, ia tidak bermakna akan memberi ancaman kepada sesiapa. ;p

11 Comments:

Blogger fiq said...

salam ramadhan singa! ingat isap okok sebelom suboh sahaja!

11:25 PM

 
Blogger singabeng said...

salam ramadhan gak, aku dah tak isap sekarang. Tu cite dulu.

12:20 AM

 
Blogger akirasuri said...

salam ramadhan singa ajaib...he he he...

jangan lupa sahur ya singa, nanti singa lapar makan orang pulak siang-siang buta..heh~

2:19 AM

 
Blogger singabeng said...

Ha ha ha

2:35 AM

 
Blogger Amanitium Cho said...

dude, rokok yang diisap semakin pendek pun dikira membatalkan puasa, apatah lagi rokok yang makin lama makin memanjang. haha. (eh, kalau buat tu kena kifarah ke ek?)

p/s: selamat berpuasa.

2:44 AM

 
Blogger tumismenumis said...

Bang, Ustad mana la ngajo kat kampung ko time tu.

Semoga di murahkan rezeki di bulan puasa yang mulia ni. Nak tambah lagi rezeki, Join Projek Aku ni

4:20 AM

 
Blogger singabeng said...

aman,
rokok kalau isap, tak sedut kedalam kerongkong, tidak batal. Cuma nampak pelik bila, isap rokok tak sedut dalam2. Apa itu rokok panjang? Ha ha ha.

mazudi,
bukan salah ustaz, kenkawan aku biasalah, nak cepat. Pakai ijtihad sendiri2.. Hehe

7:45 AM

 
Blogger BooK said...

beng, selamat berpose.

7:56 AM

 
Blogger singabeng said...

okey book, selamat gak utk ko.

8:30 AM

 
Anonymous Anonymous said...

salam ramadhan.. selamat menjalankan ibadah :)

1:57 PM

 
Blogger singabeng said...

Salam Ramadhan gak striker.

2:36 PM

 

Post a Comment

<< Home