Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, April 25, 2007

Suatu Pagi Di KedaRotiPaye

Hari ini, aku cuba untuk memberanikan diri, membuangkan sedikit waktu untuk berblog, bimbang blog aku ini akan di delete oleh pihak blogger kalau aku tidak mengaktifkannya. Betul ke macam tu?

Pagi ini, Ustaz Yie telefon

"Singa, duk kat ne, meh minum kat kedai Roti Tempayan ni" Ustaz Yie.

"Beres! Dalam 15 minit sebab nak mandi lepastu nak pi kerja terus" Aku.

Masa di kedai Roti Tempayan, ramai juga pelanggan termasuk penghulu-penghulu, dengan riangnya muka menyambut salam aku.

Aku minum Nescafe tarik dan makan Roti Tempayan berlaukkan kambing, walaweh best pekena daging kambing pepagi buta.

"Ramai ke pi meeting semalam?" Ustaz Yie.

"Takde orang pi, sebab saya kena pi mengajar semalam, kakak budak tu telefon tetiba je suruh mengajar sebab adik dia pekse sains esok" Aku.

"Kira tak jadi jugak ke semalam? Ha ha ha" Ustaz Yie.

"Macam mana dengan ari sabtu ni? Boleh pi tak?" Ustaz Yie.

"Tengok dulu, kalau ade arahan yang lebih utama, tak pi kot" Aku.

nyum, nyum kami mengunyah Roti Tempayan.

Aku terpandang dalam sebuah tabloid, isu lojing yang telah dijawab oleh Tok Guru, nampaknya terbukti bahawa Kerajaan Kelantan tidak bersalah akan hal tersebut, sebaliknya Kementerian Alam Sekitar yang bersalah. Tapi mengapa tidak ada sebarang memohon maaf atas kesilapan menuduh Kerajaan Kelantan bersalah.

Apakah berat benar untuk memohon maaf setelah mencalarkan nama Kerajaan Kelantan?

Ahhhh biarkanlah perkara yang diingini seperti bermimpi di siang hari. Apa khabar Ijok agaknya? Masihkah berseri dengan kedatangan jentera-jentera pilihanraya dari setiap pihak yang bertanding? Masihkah?

"Nak dengar cerita Tok Imam bela babi tak?"Tokey Kedai Roti.

"Ha ha ha, boleh juga" Aku.

Dan. Selepas diceritakan aku pun beredar kerana aku perlu berada di pejabat pada pukul 1030 pagi.

Brooom.. broomm, aku bersama kapchai aku, sampai bilakah aku akan terus begini.

5 Comments:

Blogger akirasuri said...

mesti kacak abang singa dengan motor kapcainya. mesti rambut terbang-terbangkan. ha ha ha :p

oh oh! pssstt ada miting apa?napa tak ajak. hahak :P

1:58 PM

 
Blogger singabeng said...

ha ha ha, rambut mengerbang..

pssttt ahli mesyuarat tingkap je leh pi ;p

2:01 PM

 
Anonymous Anonymous said...

aku kat wedpress la singa

4:51 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Masuk kedai roti tempayang pepagi ni sbenarnya boleh membuahkan maklumat yang kekadang kita tak terpikir.

Apa lagi yg ko nak selepas ni?

4:24 PM

 
Blogger singabeng said...

fiq,
ko tak kabarkan kat aku pun.

mazudi,
aku ntah la, macam ni la jugak, aku masuk blog baru ko tapi aku pelik nape aku x leh mengomen dalam tu.

12:26 PM

 

Post a Comment

<< Home