Hujan Hujan
Dah dua hari pada waktu malam, hujan akan turun tak berhenti. Semalam nasib baik, sempat sampai ke kawasan rumah sebelum hujan turun.
Hanya sempat sampai di kawasan rumah, di rumah kawan, terpaksa berhenti di situ sambil memerhati hari hujan.
"Oii singa, meh kita pi minum dulu, nek keta aku" Toha.
"Kita dua je ke?" Aku.
"Ada lagi tapi diorg dah tunggu kat Hard Rock" Toha.
Hard Rock dirujuk sebuah kedai makan ala ala Hard Rock gitu, bukan Hard Rock yang sebetulnya.
Memang betul, sesampai ke Hard Rock itu dah ada dua member aku tengah menunggu hujan berhenti.
"Bang nak air pe?" Awek kedai tu.
Aku order nescafe ais dan Toha air bandung ais, kami bersembang sambil mengenangkan zaman bujang kami masih lagi tidak tamat. Kami cuba mencari jalan penyelesaian tapi hampa. Kerana masalah yang paling besar adalah DUIT, kerana duit adalah penentu bahagia atau tidak pasangan tersebut. Betul ke?
Hampir sejam, hujan masih tak menunjukkan tanda untuk berhenti, kami gelisah, bukan kerana bini akan mengamuk kat rumah akan tetapi resah kerana maghrib telah menjelma.
"Macam mana pelaburan ko, menjadi tak sejak mufti kata haram ni?" Aku.
"Jadi, tadi baru aku draw duit tu, dia ambil masa sebulan baru aku boleh keluarkan duit tu" Man
"Agak-agak ko nak buat apa dengan duit haram tu? ha ha ha" Aku.
"Ntahlaa, aku ingat nak buat belanja kahwin" Man.
Kami ketawa mengekek-ngekek bagaikan pontianak terjumpa paku seinci.
Hujan tidak berhenti, Man dan Iji tak sanggup lagi menunggu, mereka mengambil keputusan meredah, mereka meredah dengan motorsikal, aku tersenyum kerana aku tidak basah. Ha ha ha.
"Kau hantar aku rumah John, aku tak boleh balik lagi sebab malas nak basah" Aku.
Sampai rumah John, Mak John membebel kat aku.
"Sebab kau la Singa, Aliya tak mahu belajar masak, sebab kau kata nak masuk minang kalau Aliya tu dah pandai masak." Mak John.
"Ha ha ha ha .. " Aku.
Kenapalah orang mudah percaya cakap aku ni. Alahai
16 Comments:
ha ha ha.
sebab muka kacak sangat kot :))
10:14 AM
kacak yang amat . Ha ha ha
12:47 PM
ha ha ha.
singa yang kacak tu bagi jelingan manja! ha ha ha.
12:56 PM
akira tergoda ke? ngeeeee ;p
1:16 PM
auw! tergodanya!! ha ha ha.
jangan jeling-jeling, nanti juling :p
1:20 PM
tergoda ye, nape sy nak masuk minang awak tak bagi hari tu?
2:23 PM
ha ha ha. cakap orang kacak tak boleh percaya kan kan kan :))
4:30 PM
huhu, orang kacak yang ni kena percaya tau ;p
4:43 PM
chewah!! dan dan aja dia :p
5:10 PM
ha ha. ko padai berkata2 ke?
6:47 PM
akira,
kalau betul takkan saya nak idakkan.. ha ha
fiq,
aku berkata-kata macam sang pujangga merindukan duit gaji masuk. he he
1:02 AM
eceh :p
ha ha ha.
berapa peratus tahap kebolehpercayaan tu. ha ha ha. kena pasang alat pengesan penipuan kat singa ni baru boleh jadi bukti soheh :))
2:01 AM
dah ada ke alat tu akira, kalau tak ada akira boleh ciptakan tu, seronok bunyinye. setiap menteri tidak dapat tidak mesti kena pakai alat pengesan tu.
11:29 AM
hamboi..hamboi..hamboi
3:10 PM
awak..
kalau saya terer bab kejuruteraan ni memang insya-ALlah saya buat dah.. he he he.. tapi malangnya saya ni cuma budak kira-kira duit aja.. ngeh ngeh ngeh..
psssttt kalau pasang dekat pak-pak menteri mesti besh kan kan kan.
*bila mahu menulis kembali satira?
4:52 PM
adneen,
la la la
akirasuri,
merapek la akira nih, erm erm kat blog ni tak menulis ke.. ohoo baru ingat kat blog ni saya taip, ia tidak termasuk dalam senarai tulis. Ha ha ha.
12:34 PM
Post a Comment
<< Home