Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Sunday, May 13, 2007

Kelmarin Hari Sabtu

Hari ini aku kesian dengan Najib, dengan nasib politiknya, kerana bapa si kena bom menyatakan secara jelas bahawa Najib terlibat, malah membongkar lagi rahsia yang lain-lain, aku malas nak ulas pasal benda ini kerana aku masih menangisi nasib Najib, kamu bacalah sendiri di Harakah.

Pada hari-hari yang lepas, aku jadi malas nak menonton televisyen, kerana di mana-mana sahaja siaran perdana, bagaikan hendak Pilihan Raya Umum akan berlaku, satu parti tu kuat berkempen, menyatakan bahawa Parti itu adalah satu-satu parti untuk menjaga nasib orang melayu, mempertahankan kedaulatan dan hak-hak orang melayu. Aku malas nak dengar, malas nak dengar omongan kosong, malas nak dengar penipuan secara terang-terangan. Aku malas.

Minggu ini, hari cuti aku, dipenuhi dengan mesyuarat. Bagaikan YB layaknya Ha ha ha. Hari Jumaat, bermula petang sampailah ke malam, dan malam tergesa-gesa menyiapkan tentatif program untuk dibentangkan pada sebelah pagi.

Akhirnya siap pada pukul 4.00 pagi, bukan lambat menaip, akan tetapi banyak gangguan oleh pihak lain, yang tu nak ni la, yang ni nak ni la, macam-macam. Dan 4.30 pagi baru sampai di rumah, dan terus tidur kerana esok mesyuarat akan bermula pada 8.00 pagi.

Pukul 7.00 pagi, aku tergesa-gesa mandi dan terus hantar mak ke kebun, balik rumah Rahmat sedang menunggu di rumah untuk pergi bersama-sama dengannya.

Sampai ditempat mesyuarat, suasana sunyi, aman, sepi, indah permai kerana ahli mesyuarat seorang pun belum datang walaupun jam menunjukkan 5 minit lagi pukul 8.00. Aku makan nasi yang dibeli oleh Rahmat kerana Rahmat ditugaskan untuk membeli makanan kepada ahli mesyuarat.

Habis sahaja sebungkus, seorang ahli mesyuarat baru sahaja sampai, dan terus membebel

"Ni la orang kita, tak pernah awal, kata pukul 8.00 ni dah 8.30 tak ramai pun datang lagi." Makcik Melah.

"Psssstt .. psstt Rahmat, dia ni jenis tak sedar diri ke? dia bukan datang awal pun, datang pukul 8.30" Aku.

Ha ha ha kami mengekek-ngekek ketawa.

Tunggu punya tunggu, pukul 9.30 mesyuarat bermula, keadaan tenang sahaja mesyuarat pada mula-mulanya. Aku terpinga-pinga kerana aku pertama kali masuk ke mesyuarat itu, dan aku yang paling muda, muda 10 tahun dari semua ahli mesyuarat dan minit mesyuarat aku langsung tak faham, dan hanya mendengar sahaja, apa yang diorang bahaskan.

Aku lihat jam dah pukul 11.00 tiada tanda pun mesyuarat ini akan berhenti, suasana panas menjelma, dan masing-masing ada yang tidak puashati dalam hati masing-masing, dan telah menyebabkan mesyuarat itu panas dengan kebingitan suara-suara tidak puas hati.

Aku hanya tersenyum pada mulanya dan sedikit masam kerana hal aku tersilap taip semalam pun menjadi pertikaian, dan aku telah mengakui kesilapan aku dan aku minta maaf atas kesilapan itu, akan tetapi terus sahaja menyalahkan aku.

Rasa macam hendak bangun dan tunjuk tangan ke muka Makcik tu, "kalau Makcik pandai sangat buatlah sendiri" rasa macam nak luahkan tu, akan tetapi Rahim menyabarkan aku sambil berbisik kat aku.

"Psssst psssttt ... anak dia lawa tu, jangan lawan-lawan, biarkan dia, susah nanti kalau nak jadi menantu dia" Rahim.

"Ha ha ha betul juga." Aku

Akhirnya tamat juga mesyuarat pada pukul 1.00 tengah hari, mata aku dah mengantuk, disebabkan tidak sampai 3 jam mata aku lelap. Bakal YB suruh aku tunggu untuk solat berjemaah bersama.

Selesai solat berjemaah, salam dengan bakal YB dan minta diri untuk balik makan, kerana perut aku mendendangkan lagu Muse - Starlight yang cukup rancak itu.

Aku dan Rahmat pergi makan tomyam, telur dadar, sayur campur, nasi dan mengakibatkan aku keboroian pada hari itu, seterusnya mengantuk yang amat, aku menyuruh Rahmat menghantar terus aku ke rumah dan aku terus Zzzzzzz..

Maaflah kerana aku tidak sempat membalas sms yang dihantar.

5 Comments:

Blogger akirasuri said...

oh! sudah boroi kekenyangan dan membuta dengan jayanya rupanya dia..patut pun awak tak balas sms saya ek..

*wink* *wink*

ha ha ha.

9:47 PM

 
Blogger singabeng said...

akira tak marah ke saya tak balas sms akira semalam? macam marah je nampak, ibu mengandung 5 bulan tak leh marah-marah. Tak baik.

8:23 PM

 
Anonymous Anonymous said...

yosh!! selamat berjuang!! moga terus thabat meskipun banyak cabaran nak 'masuk' dengan orang veteran.. hehe.. ganbatte ikimasshoi!!

9:47 PM

 
Blogger Amanitium Cho said...

hoi, aku tinggalkan kejap je kau dah berubah orientasi dan haluan ni.

4:13 AM

 
Blogger singabeng said...

achik,
yoshaaa..

aman,
dude, kau tinggalkan aku lama, aku ingat nak telefon ke rumah kau, nak bertanyakan di mana pusara kau.

3:14 PM

 

Post a Comment

<< Home