Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, April 25, 2007

Suatu Pagi Di KedaRotiPaye

Hari ini, aku cuba untuk memberanikan diri, membuangkan sedikit waktu untuk berblog, bimbang blog aku ini akan di delete oleh pihak blogger kalau aku tidak mengaktifkannya. Betul ke macam tu?

Pagi ini, Ustaz Yie telefon

"Singa, duk kat ne, meh minum kat kedai Roti Tempayan ni" Ustaz Yie.

"Beres! Dalam 15 minit sebab nak mandi lepastu nak pi kerja terus" Aku.

Masa di kedai Roti Tempayan, ramai juga pelanggan termasuk penghulu-penghulu, dengan riangnya muka menyambut salam aku.

Aku minum Nescafe tarik dan makan Roti Tempayan berlaukkan kambing, walaweh best pekena daging kambing pepagi buta.

"Ramai ke pi meeting semalam?" Ustaz Yie.

"Takde orang pi, sebab saya kena pi mengajar semalam, kakak budak tu telefon tetiba je suruh mengajar sebab adik dia pekse sains esok" Aku.

"Kira tak jadi jugak ke semalam? Ha ha ha" Ustaz Yie.

"Macam mana dengan ari sabtu ni? Boleh pi tak?" Ustaz Yie.

"Tengok dulu, kalau ade arahan yang lebih utama, tak pi kot" Aku.

nyum, nyum kami mengunyah Roti Tempayan.

Aku terpandang dalam sebuah tabloid, isu lojing yang telah dijawab oleh Tok Guru, nampaknya terbukti bahawa Kerajaan Kelantan tidak bersalah akan hal tersebut, sebaliknya Kementerian Alam Sekitar yang bersalah. Tapi mengapa tidak ada sebarang memohon maaf atas kesilapan menuduh Kerajaan Kelantan bersalah.

Apakah berat benar untuk memohon maaf setelah mencalarkan nama Kerajaan Kelantan?

Ahhhh biarkanlah perkara yang diingini seperti bermimpi di siang hari. Apa khabar Ijok agaknya? Masihkah berseri dengan kedatangan jentera-jentera pilihanraya dari setiap pihak yang bertanding? Masihkah?

"Nak dengar cerita Tok Imam bela babi tak?"Tokey Kedai Roti.

"Ha ha ha, boleh juga" Aku.

Dan. Selepas diceritakan aku pun beredar kerana aku perlu berada di pejabat pada pukul 1030 pagi.

Brooom.. broomm, aku bersama kapchai aku, sampai bilakah aku akan terus begini.

Thursday, April 12, 2007

Time Is Running Out

Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blog ni, seakan-akan terlupa yang aku ada blog. Mungkin kerana tiada masa untuk berblog sekarang.

Siapa yang ada banyak masa, tolong bagi aku sikit untuk berblog ni.