Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Sunday, May 13, 2007

Kelmarin Hari Sabtu

Hari ini aku kesian dengan Najib, dengan nasib politiknya, kerana bapa si kena bom menyatakan secara jelas bahawa Najib terlibat, malah membongkar lagi rahsia yang lain-lain, aku malas nak ulas pasal benda ini kerana aku masih menangisi nasib Najib, kamu bacalah sendiri di Harakah.

Pada hari-hari yang lepas, aku jadi malas nak menonton televisyen, kerana di mana-mana sahaja siaran perdana, bagaikan hendak Pilihan Raya Umum akan berlaku, satu parti tu kuat berkempen, menyatakan bahawa Parti itu adalah satu-satu parti untuk menjaga nasib orang melayu, mempertahankan kedaulatan dan hak-hak orang melayu. Aku malas nak dengar, malas nak dengar omongan kosong, malas nak dengar penipuan secara terang-terangan. Aku malas.

Minggu ini, hari cuti aku, dipenuhi dengan mesyuarat. Bagaikan YB layaknya Ha ha ha. Hari Jumaat, bermula petang sampailah ke malam, dan malam tergesa-gesa menyiapkan tentatif program untuk dibentangkan pada sebelah pagi.

Akhirnya siap pada pukul 4.00 pagi, bukan lambat menaip, akan tetapi banyak gangguan oleh pihak lain, yang tu nak ni la, yang ni nak ni la, macam-macam. Dan 4.30 pagi baru sampai di rumah, dan terus tidur kerana esok mesyuarat akan bermula pada 8.00 pagi.

Pukul 7.00 pagi, aku tergesa-gesa mandi dan terus hantar mak ke kebun, balik rumah Rahmat sedang menunggu di rumah untuk pergi bersama-sama dengannya.

Sampai ditempat mesyuarat, suasana sunyi, aman, sepi, indah permai kerana ahli mesyuarat seorang pun belum datang walaupun jam menunjukkan 5 minit lagi pukul 8.00. Aku makan nasi yang dibeli oleh Rahmat kerana Rahmat ditugaskan untuk membeli makanan kepada ahli mesyuarat.

Habis sahaja sebungkus, seorang ahli mesyuarat baru sahaja sampai, dan terus membebel

"Ni la orang kita, tak pernah awal, kata pukul 8.00 ni dah 8.30 tak ramai pun datang lagi." Makcik Melah.

"Psssstt .. psstt Rahmat, dia ni jenis tak sedar diri ke? dia bukan datang awal pun, datang pukul 8.30" Aku.

Ha ha ha kami mengekek-ngekek ketawa.

Tunggu punya tunggu, pukul 9.30 mesyuarat bermula, keadaan tenang sahaja mesyuarat pada mula-mulanya. Aku terpinga-pinga kerana aku pertama kali masuk ke mesyuarat itu, dan aku yang paling muda, muda 10 tahun dari semua ahli mesyuarat dan minit mesyuarat aku langsung tak faham, dan hanya mendengar sahaja, apa yang diorang bahaskan.

Aku lihat jam dah pukul 11.00 tiada tanda pun mesyuarat ini akan berhenti, suasana panas menjelma, dan masing-masing ada yang tidak puashati dalam hati masing-masing, dan telah menyebabkan mesyuarat itu panas dengan kebingitan suara-suara tidak puas hati.

Aku hanya tersenyum pada mulanya dan sedikit masam kerana hal aku tersilap taip semalam pun menjadi pertikaian, dan aku telah mengakui kesilapan aku dan aku minta maaf atas kesilapan itu, akan tetapi terus sahaja menyalahkan aku.

Rasa macam hendak bangun dan tunjuk tangan ke muka Makcik tu, "kalau Makcik pandai sangat buatlah sendiri" rasa macam nak luahkan tu, akan tetapi Rahim menyabarkan aku sambil berbisik kat aku.

"Psssst psssttt ... anak dia lawa tu, jangan lawan-lawan, biarkan dia, susah nanti kalau nak jadi menantu dia" Rahim.

"Ha ha ha betul juga." Aku

Akhirnya tamat juga mesyuarat pada pukul 1.00 tengah hari, mata aku dah mengantuk, disebabkan tidak sampai 3 jam mata aku lelap. Bakal YB suruh aku tunggu untuk solat berjemaah bersama.

Selesai solat berjemaah, salam dengan bakal YB dan minta diri untuk balik makan, kerana perut aku mendendangkan lagu Muse - Starlight yang cukup rancak itu.

Aku dan Rahmat pergi makan tomyam, telur dadar, sayur campur, nasi dan mengakibatkan aku keboroian pada hari itu, seterusnya mengantuk yang amat, aku menyuruh Rahmat menghantar terus aku ke rumah dan aku terus Zzzzzzz..

Maaflah kerana aku tidak sempat membalas sms yang dihantar.

Tuesday, May 08, 2007

Hujan Hujan

Dah dua hari pada waktu malam, hujan akan turun tak berhenti. Semalam nasib baik, sempat sampai ke kawasan rumah sebelum hujan turun.

Hanya sempat sampai di kawasan rumah, di rumah kawan, terpaksa berhenti di situ sambil memerhati hari hujan.

"Oii singa, meh kita pi minum dulu, nek keta aku" Toha.

"Kita dua je ke?" Aku.

"Ada lagi tapi diorg dah tunggu kat Hard Rock" Toha.

Hard Rock dirujuk sebuah kedai makan ala ala Hard Rock gitu, bukan Hard Rock yang sebetulnya.

Memang betul, sesampai ke Hard Rock itu dah ada dua member aku tengah menunggu hujan berhenti.

"Bang nak air pe?" Awek kedai tu.

Aku order nescafe ais dan Toha air bandung ais, kami bersembang sambil mengenangkan zaman bujang kami masih lagi tidak tamat. Kami cuba mencari jalan penyelesaian tapi hampa. Kerana masalah yang paling besar adalah DUIT, kerana duit adalah penentu bahagia atau tidak pasangan tersebut. Betul ke?

Hampir sejam, hujan masih tak menunjukkan tanda untuk berhenti, kami gelisah, bukan kerana bini akan mengamuk kat rumah akan tetapi resah kerana maghrib telah menjelma.

"Macam mana pelaburan ko, menjadi tak sejak mufti kata haram ni?" Aku.

"Jadi, tadi baru aku draw duit tu, dia ambil masa sebulan baru aku boleh keluarkan duit tu" Man

"Agak-agak ko nak buat apa dengan duit haram tu? ha ha ha" Aku.

"Ntahlaa, aku ingat nak buat belanja kahwin" Man.

Kami ketawa mengekek-ngekek bagaikan pontianak terjumpa paku seinci.

Hujan tidak berhenti, Man dan Iji tak sanggup lagi menunggu, mereka mengambil keputusan meredah, mereka meredah dengan motorsikal, aku tersenyum kerana aku tidak basah. Ha ha ha.

"Kau hantar aku rumah John, aku tak boleh balik lagi sebab malas nak basah" Aku.

Sampai rumah John, Mak John membebel kat aku.

"Sebab kau la Singa, Aliya tak mahu belajar masak, sebab kau kata nak masuk minang kalau Aliya tu dah pandai masak." Mak John.

"Ha ha ha ha .. " Aku.

Kenapalah orang mudah percaya cakap aku ni. Alahai