Aku dengan penuh bergaya, menanti kedatangan bas ekspress, sambil melihat jam, janji pukul 12.30 tengah hari bas sampai, tetapi sudah 12.45 tengah hari belum lagi sampai bas tersebut. Aku kepenatan menunggu, maklumlah puasa.
Akhirnya, 12.50 tengah hari bas sampai, lantas aku beratur untuk menaiki bas tersebut, dan menunjukkan tiket.
"Dik, tiket adik ni bertindan, sebab 7C dah ada orang duduk." Abang Driver.
"Hah? mana boleh, sebab saya dah beli tiket ni, macam mana boleh bertindan lagi."Aku.
"Cuba adik pi kat kaunter sat, check kat sana macam mana boleh bertindan."Abang Driver.
Aku bergegas menuju ke kaunter, serah tiket dan bertanya kenapa tiket aku boleh bertindan dengan orang lain.
Tidak sampai seminit, permasalahan aku terjawab.
"wehh, meh amik aku kat terminal nih, tiket aku si penjual tiket silap tulis, sepatut hari ni 30/9 dia tulis kat tiket 30/10."Aku menelefon Pumien untuk segera mengambil aku di terminal.
Dan. Terpaksalah aku berpuasa di kampung buat sehari lagi. Dan. Menaiki bas kembali pada malam keesokkannya.
Pengajaran, periksa tiket selepas membuat pembelian, jangan main bedal sahaja, periksa tarikh betul-betul jika tidak anda akan merasai kepahitan yang aku telah rasai ini.