Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Monday, July 31, 2006

sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan

Apabila ditanya, blog siapa yang paling ko suka lawat. Selamba aku jawab "blog bro naga".

Sebab, entry si naga banyak menceritakan hal bapanya, secara tak langsung ia akan mengingatkan aku supaya menyedekahkan al-fatihah kepada arwah bapa aku.

"sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan" manusia mudah lupa.

Terbaca dalam Harakah di ruang Personaliti, temubual dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, ditanya jenis buku yang disukainya, beliau menjawab

"Saya suka bacaan yang membawa saya dekat dengan Allah. Apa sahaja temanya, sama ada pertanian, ekonomi, sains dan teknologi, asalkan pengarang membawa supaya pembaca ingat kepada Allah. Itulah yang cukup menarik bagi saya"

"sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan" manusia mudah lupa.

Disebabkan manusia mudah lupa, itulah pentingnya ada peringatan, jika manusia tidak pernah lupa walaupun sesaat, malaikat akan turun dari langit dan bersalam dengannya.

"sa'atan, sa'atan, sa'atan, sa'atan"

Blogger Unggul

Rata-rata hari ini, setiap pemilik email ada blog tersendiri, itulah menggambarkan bertapa popularnya blog sekarang ini.

Tapi, bagaimana hendak menjadi seorang Blogger Unggul?

Salah satunya, yang teramat penting, yang sememangnya harus diberi perhatian adalah Identiti/branding.

Contoh : Pak Di - isu politik, agama, bisnes. Mat Jan & Si naga - Lawak.

Tok Rimau pula

"Setengah pengendali weblog di negara ini, seperti Tok Rimau, tidak lagi membataskan penulisan mereka kepada catatan kehidupan peribadi, malah meluaskannya sebagai komentar sosial." Weblog Pesaing Terbaru Media Tradisional. Ruang Siber. Majalah Jelita. Mei 2002. Muka 124.

Aku tak layak lagi untuk memberikan nasihat seperti ini kepada semua, disebabkan baru sahaja menapak di arena blog ni, akan tetapi untuk nasihat diri sendiri sahaja, mana tahu boleh jadi Blogger Unggul satu hari nanti. ;-p

Anda pula bagaimana?

Sunday, July 30, 2006

Mungkin, mungkin tapi bukan benar

Mungkin, mungkin, aku tak kata aku ni betul dan benar tapi mungkin, mungkin apa yang aku cakap ada kebenarannya.

"Aku sekarang lebih suka yang pendek, ringkas dan mudah orang faham"

Telah terbukti, pagi ni, bila nak gi bilik air, dah ada selipar jepun kesayangan ku di depan pintu bilik, mungkin, mungkin si pencuri selipar itu membaca blog aku.

Terima Kasih kepada pencuri selipar kerana memulangkan balik selipar aku, tanpanya, susah aku nak tengok lutut-lutut awek kat cafe . ha ha ha

Saturday, July 29, 2006

Pulangkanlah Selipar Jepun Ku

Syafik, 'roomate', tukang beli nasi goreng, disebabkan aku tak boleh keluar dari bilik akibat kehilangan selipar jepun. Ketawa mengekek-ngekek, seperti baru di geletek urat gelinya, disebabkan aku 'msg' dia " Tolong belikan nasi dan selipar sbb selipar aku hilang".

Dia komen, kenapa blog engkau dah jadi kontot? Selalu panjang macam nak hantar esei Pengajian Malaysia dulu?

"Aku sekarang lebih suka yang pendek, ringkas dan mudah orang faham" Aku.

Di sini aku ingin membuat pesanan ringkas kepada pencuri selipar

"Kembalikanlah selipar jepun ku itu, itulah satu-satu harta aku"

Kenapa aku nak selipar? Aku teruja dialog Tok Rimau dan Cik Nana

"Tok Rimau: Buat apa engkau nak keluar dengan dia? Dia kasut pun tidak mampu. Tengok gambar kat blog dia. Dia pakai selipar.

Cik Nana: Orang pakai selipar la bagus Tok. Dia pergi masjid. Orang pakai kasut takut masuk masjid. Takut kasut hilang."

Nanti kalau aku pakai kasut, orang perempuan akan pandang serong kat aku. ha ha ha

Selipar Japannise

Manusia sering lupa.

Aku lupa satu pesanan keramat seorang sahabat aku sebelum menjejakan kaki ke alam Universiti ini.

"Dude!, jangan letak selipar jepun ko tu kat depan pintu, nanti hilang!" Dia.

"Apahalak selipar jepun pun nak pow ke?" Aku.

Hari ini aku ingat kembali pesanannya, kerna, selipar jepun kesayangan, yang dibeli di kedai Rais Siam, telah hilang 10 minit yang lalu. Huh!

Terhangat Di Pasaran

Semalam ada kursus satu hari, jadi, terputuslah dengan dunia luar sebentar. Pagi, sesudah subuh, maka berakhirlah kursus tersebut.

Sebelum balik ke kampus, singgah ke gerai makanan, selak beg duit, duit tinggal seposen, nasib baiklah bank dekat, cucuk RM20, terpandang 'paper', wow! isu hangat.

Tun Mahathir kena sembur gas pemedih mata - Berita Harian

Khairy bagaikan hero membantah kedatangan Rice - Berita Harian

Hoh! Sekali terputus dunia luar, bila kembali pasti akan terkejut.

Member sebelah, sambil menyuap nasi lemak, "ha ha ha ha padan muka mahathir, baru dia dapat rasa pe yang Haji Hadi rasa kat Batu 6 hari tu!" katanya.

"Dude, Batu 6 hari tu, dah zaman Pak Lah laa" Aku.

Friday, July 28, 2006

Roar!! Roar!! Roar!!


Roarrrrrrr!!! Roarr!! uhuk uhuk uhuk, singa manja. ha ha ha

Minum pagi

Buat air nescafe halia, sambil makan biskut jagung Jacob, sambil baca-baca 'paper' dalam internet, sambil baca-baca blog, itulah aku hari-hari.

Tidak sedar, bila dah pukul 12 tengah hari, masih lagi punggung melekat di kerusi dan mata memandang skrin laptop.

Mula bekerja pukul 6.30 pagi. Sebelum ayam turun makan pagi.

Kerja tanpa gaji, berbaloikah?

Thursday, July 27, 2006

Tak Tiru!

Hari ni ada kuiz, lepas tu soalan ada 5, aku tau jawapan dia, tapi tak konfem je, itu sebab aku rujuk kat nota.

Kira meniru juga ke?

Wednesday, July 26, 2006

Rock Uuuu!

Aku cukup minat dengan Ustaz Akhil, minat dengan gaya hidupnya, kerna ku seorang Rockers, huhuhuhu.

Di mana saja dengar dia berceramah ataupun memberi tazkirah, aku sanggup pi walaupun jauh bangat, bukti minatnya aku.

Dulu Ustaz Akhil Hayy bersama D'Riyadh, gambar di bawah, beliau dua dari kiri


Kini, setelah melakukan hijrah, dari dunia Rock ke dunia Dakwah

Jomla pakat-pakat beli, lagu dia power pe, lagu yang paling aku minat Kembara Di Tanah Gersang, best wuuu.

Hari Melawat Sedunia
Sejarah Ustaz Akhil - Dari Dulu Hingga Kini

Pujangga Tandas

Tidak perlu menunjukan muka macam 'planet of the ape' apabila meradang, tidak perlu ketawa mengekek-ngekek untuk menunjukan peristiwa itu kelakar.

Kata pujangga yang aku jumpa dalam tandas tadi ..

Aku Tak Bisu

Bagaikan pendekar, Pak Lah mengatur langkah di Media, sungguh kemas bila dilihat di mata kasar.

"ASEAN perlu lantang" utusan

"Hentikan perbincangan isu agama" utusan

"Media diingatkan jangan sensasikan isu sensitif" utusan

"Segelintir wartawan jangan salah guna kebebasan" utusan

Begini agaknya bila orang dah melenting, bila ada yang cakap Pak Lah bisu, hari ini Pak Lah buktikan "Aku tak bisu"

Tiada Air

Aku duk kat hostel, semalam gempar satu daerah sebab akan tiada air selama satu hari, aku senyum sebab kat kolej ada tangki simpanan.

Member duk kat luar datang curi air kat kolej, aku pun senyum, dia kata, "pengetua kolej dulu kata, tangki yang menampung air kat kolej boleh tahan selama 8 jam je, lepas tu kalau ada air ia akan mengambil masa 2 hari untuk pulih balik."

Aku, masam.

Bunuh Mak, Tikam Bapak

Semalam, adik Sultan Pahang meninggal dunia, disebabkan dibunuh anak sendiri, kecoh satu kuantan dan negara.

Bermacam-macam spekulasi yang timbul, ada yang kata anaknya itu high 'syabu' ada yang kata kena rasuk.

Berita semalam, kata anaknya ditangkap, lepas tu mati semalam, lepas tu 'paper' hari ini kata anaknya itu mati di sebabkan peparu berair.

Aik!

Al-Fatihah untuk adinda Sultan Pahang dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.

Lemau

Kalau duk kat umah, surf internet dengan tenang, pakai strimik, tak kongsi ngan sesape, memang laaa laju.

Tapi,
Masuk kampus selama 3 minggu, line internet punyalaaaaaaaa lembab, nak surf berita, loading page, punya la laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaama baru dapat.

Kadang-kadang,
Page Cannot Display
Forbiden
Dan Lain-lain lagi.

Huh!

Monday, July 24, 2006

Al-Fatihah

Tadi baru sahaja menerima sms dari seorang sahabat yang mengatakan ada sahabat kematian bapa hari ini.

Takziah di ucapkan.

Al-Fatihah juga kepada Almarhum Ayahanda ku, semoga tenang di alam sana, tidak lama lagi anakanda akan menyusul.

Tulisan Pertama

Masih lagi merangkak, masih lagi baru dari bidang penulisan ini, salah dan silap tolonglah ajarkan kerana ku tidak pandai.