Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Saturday, October 21, 2006

4 Hari Sebelum Raya

Alhamdulillah, dapat juga login ke bloggers dengan senang hati bila online di rumah, jika di kampus, bila login ke blogger, sempat buat air milo, tanak nasi, makan nasi, tidur dan bila bangun tengok ke bloggers, masih lagi tak berjaya untuk login, begitu hampehnya berblog di kampus.

Hari ini aku baru balik, tak sempat nak letak apa-apa, jadi bacalah yang mana ada. Mungkin esok atau lusa aku buat entri.

Caloo..

Sunday, October 15, 2006

Kantoi Di Uitm Syah Alam

Arghh.. Itulah yang mampu aku luahkan, sudah berkurun lama aku tak boleh login ke bloggers, dan menyebabkan blog aku seakan-akan mati. Hari ini mungkin hari bertuah buat aku, kerana dapat login dan create entri, walaupun satu.

Minta maaf kepada semua, kerana aku tak boleh lawat blog korang semua, kerana internet aku menyengal buat kali ke berapa entah, memang malang hidup aku di kampus, internet bagaikan biskut layaknya, kejap ada, kejap tiada.

Pernah korang tengok klip "dah kahwin ke belum?", kalau belum pi la cari cepat, dia macam filem xxx gak layaknya, lagi panas dari filem xxx sebab semua anak melayu kita belakon dalam tu. Aku nak letak suruh korang download, tapi belum jumpa hosting yang sesuai, kalau aku rajin, aku letaklah ye.

Buat sementara ni, korang tengoklah gambar kantoi di UiTM secara berjemaah ini, harap korang cam mana tahu ada sanak sedara ke terlibat dalam ni ;).


Aku takkan update dah, sehinggalah aku balik raya, 30hb ni kot, kalau aku rajin aku akan update dan lawat blog korang semua.

Yoshh!! Selamat Berpuasa Dan Selamat bersedia untuk menyambut Aidilfitri.

Tuesday, October 03, 2006

30/9 Bukan 30/10

Aku dengan penuh bergaya, menanti kedatangan bas ekspress, sambil melihat jam, janji pukul 12.30 tengah hari bas sampai, tetapi sudah 12.45 tengah hari belum lagi sampai bas tersebut. Aku kepenatan menunggu, maklumlah puasa.

Akhirnya, 12.50 tengah hari bas sampai, lantas aku beratur untuk menaiki bas tersebut, dan menunjukkan tiket.

"Dik, tiket adik ni bertindan, sebab 7C dah ada orang duduk." Abang Driver.

"Hah? mana boleh, sebab saya dah beli tiket ni, macam mana boleh bertindan lagi."Aku.

"Cuba adik pi kat kaunter sat, check kat sana macam mana boleh bertindan."Abang Driver.

Aku bergegas menuju ke kaunter, serah tiket dan bertanya kenapa tiket aku boleh bertindan dengan orang lain.

Tidak sampai seminit, permasalahan aku terjawab.

"wehh, meh amik aku kat terminal nih, tiket aku si penjual tiket silap tulis, sepatut hari ni 30/9 dia tulis kat tiket 30/10."Aku menelefon Pumien untuk segera mengambil aku di terminal.

Dan. Terpaksalah aku berpuasa di kampung buat sehari lagi. Dan. Menaiki bas kembali pada malam keesokkannya.

Pengajaran, periksa tiket selepas membuat pembelian, jangan main bedal sahaja, periksa tarikh betul-betul jika tidak anda akan merasai kepahitan yang aku telah rasai ini.