Aku Ubini?
Malam yang lepas, aku begitu mengantuk, lepas magrib aku meletakan kepala aku di bantal, sambil mengira biri-biri.
"weh! bangun mak aku suruh pi ajar adik aku!" Iskandar menjenguk kepalanya di jendela bilik aku.
"Aduslah aku baru nak tido nih, aku tak tido siang ari ni, jadi ngantuk sesangat!" Aku.
"Takde-takde, dah le telefon tutup, pintu pagar berkunci, aku panjat pagar tadi masuk sini" Iskandar.
"Ha ha ha, nasib ko lah" Aku.
"Cepatlah mangkuk, kawan adik aku datang gak nak belajar ngan ko, cepatlah, kakak dia lawa wuuuu" Iskandar.
"Ceh.. adik die nak belajar bukan akak dia" Aku.
"Ala ala sambil ko ngajor tu die usap-usap pale ko" Iskandar.
"Ha ha ha hampeh ko" Aku.
"Cakap kat diorang 20 minit lagi aku datang, aku nak mandi" Aku.
Dengan mata bengkak, aku pergi mengajar, apalah nasib aku, siang malam tiada masa rehat. Sampai rumah Iskandar mata melilau cari mana dialah akak budak ni.
"Weh! Mananya?" Aku.
"Aku tipu je, kalau aku tak wat gitu ko takkan bangun. Budak tu dah anak sulung mana ada akak agi. ha ha ha ha" Iskandar.
"Hampehh... " Aku.
Aku mengajar dan mengajar tetiba sms mengganggu aku.
"Singa, web aku jem, tolong tengokkan server tuh, tolonglah weh urgent nih" Acong.
Aku membalas mesra.
"Aku ada kerja ni, nanti kol 12 aku check". Aduh, rugi masa tidur aku.
Dan aku sambung mengajar dengan mata membengkak dan satu lagi sms.
"Singa, malam ni ada meeting, nape ko tak datang ni, cepat datang meeting dah nak start" Ustaz Yie.
Aduh, apalah nasib aku malam ni.
"Oklah adik-adik sila belajar sendiri, dan esok datang lagi ye, sebab saya kena pergi meeting dulu" Aku bergegas ke tempat meeting.
Meeting punya meeting sampailah pukul 12.30 malam. Balik tengokkan web orang lagi. Kira-kira pukul 3.00 baru aku dapat melelapkan mata.
Sungguh penat aku malam yang lepas. Dan aku terfikir elok juga aku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang banyak. Semakin banyak aktiviti semakin aku lupa untuk memikirkan masalah yang aku hadapi.
Bila tenang sahaja masalah pasti menjelma, kenapa mesti macam tu? Ah biarkan asalkan kita tidak mengganggu kehidupan orang lain.
Malam semalam, aku rasakan badan aku tidak sihat, sejuk semacam, macam nak demam. Aku pergi awal ke rumah Iskandar mengatakan aku tidak dapat mengajar kerana demam.
"Ko demam ubini ke Singa" Mak Iskandar.
"Demam hape lak tu, tak biasa dengar" Aku.
"Demam nak berbini lah" Mak Iskandar.
Ha ha ha ketawa mengekek-ekek keluarga Iskandar malam semalam. Aku tunduk je tak terkata apa.
Kalau aku jawap "Ya", mungkin Mak Iskandar suruh aku kawin dengan adik Iskandar tu.. Ha ha ha parah aku.