Singa Beng bukan salah satu 'spicies' singa yang ada atas muka bumi, Singa Beng adalah berlainan dengan minuman yang ada.

Wednesday, January 31, 2007

Aku seorang pekerja

Aku adalah pekerja yang baik dan contoh tauladan bagi pekerja-pekerja lain. Masuk ke pejabat pukul 11.00 pagi dan keluar pejabat pukul 3 petang. Ha ha ha. Bos aku tak pernah marah, cuma Mak aku sahaja membebel.

"Ko ni kenapa balik awal? Tak kerja ke?"Mak Aku.

"Hahaha" Aku. Aku mampu gelak je sebab aku tak tahu nak jawap apa.

Teringat aku waktu zaman sekolah menengah dulu. Bila je aku rasa boring aku akan memonteng sekolah, bila memonteng sekolah aku taklah pergi menyorok dalam tandas ataupun semak ataupun sungai mahupun pusat membeli belah mana-mana.

Aku akan menghidupkan enjin kapchai aku, dan terus balik ke rumah. Bila sampai di rumah, Mak aku akan terus bertanya:

"Kenapa ko balik awal?" Mak Aku.

"Cikgu tak mengajar hari ni Mak." Aku.

"Ooooo.."Mak Aku.

Ha ha ha. Padahal Cikgu semua mengajar pada hari itu, dan siap bagi kerja rumah yang berlambak-lambak, kata kawan aku yang masam mencuka akibat ditinggalkan aku, dan dia terpaksa balik dengan bas sekolah.

Alahai, perangai sekolah aku terbawa-bawa sehingga alam pekerjaan. Setelah...

Monday, January 29, 2007

Aku Bagai Balaci

Aku ditugaskan membuat laman web tutut.net, aku dijanjikan dengan bermacam-macam perkara :

"Singa, kalau dah siap web tu tak pe lah aku akan jaga!" Pejanji 1.

"Singa, kalau dah siap ko cakap je aku kena buat apa, akan aku buat.". Pejanji 2.

"Singa cepatlah web tu aku tak sabar dah nak tengok dan nak wat kerja." Pejanji 3.

Bila dah siap web tutut.net tersebut, aku ditinggalkan terkonteng-konteng tanpa apa-apa pun pertolongan. Akhirnya aku sendiri yang buat semua.

Bila sahaja web tutut.net tersebut 'down' dan tak boleh di layari maka berduyun-duyunlah sms menerjah di telefon bimbit aku.

"Kenapa web tutut.net down?" Penanya 1.

"Kenapa web tutut.net tak leh access, kena hack ke" Penanya 2.

"Apa dah jadi weh dengan tutut.net aku nak bukak pagi tadi tak boleh." Penanya 3.

Banyak lagi penanya-penanya yang serba gelisah akibat web tersebut tidak boleh dilayari. Aku cuma tersenyum.

Aku sempat balas satu sms dengan jawapan

"web tak down cuma sekarang process penukaran server, sebab nak cari server lebih baik lagi, dan server baru ni wat hal skit." Aku.

Dan aku dibalas dengan satu sms yang mesra

"itulah company melayu, asyik down je kerjanya, benda lain tak, sampai bila kami harus tunggu." Penanya.

Aku hanya mendiam diri, tidak membalas pun sms mesra tersebut.

"Ohooo time buat kerja, time cari duit untuk buat web tiada siapa pun sudi hulur bantuan, tapi bila down sahaja ramai yang persalahkan aku." Tergetus dalam hati.

Mungkin ini adat berkerjasama zaman sekarang. Baru aku mengerti.

Kini web tutut.net siap sedia dilayari tetapi semua penanya-penanya berdiam diri, tidak pun terkeluar sedikit pun dari mulut:

"Ada apa yang kami boleh bantu?"

Soalan tersebut mungkin menjadi satu mimpi indah bagi aku di alam mimpi nanti.

Thursday, January 25, 2007

Aku yang kopak

Malam bila ntah, aku dan Iskandar naik motor sesama. Aku seperti biasa menjadi driver Iskandar.

"weh, kat mana orang tu suruh tunggu?" Aku.

"Kat depan mini market kat jalan besar nak pi bandar" Iskandar.

Aku mengikuti arahan, bagaikan kuli diperintah oleh majikan.

Sambil membonceng motor, kami berbincang tentang hasil kami akan dapat nanti, sambil ketawa mengekek-ngekek mengenangkan adik Iskandar hendak dirisik orang.

Tanpa disedari kami diekori oleh dua orang peronda bermotosikal.

"Hah! Apa korang buat ni?" Polis.

"Tengah naik motorlah Bos!" Iskandar dengan selamba kataknya menjawab.

"Mana helmet korang? Takde-takde sila berhenti ke tepi!" Polis.

"Aduss... kopak aku" Aku.

Sebagai pengajaran jika terjadi lagi keadaan sedemikian, jangan jawab apa yang ditanya, dan buat-buat tak tahu je.

Tuesday, January 09, 2007

Setelah...

Dah masuk minggu ke 3 rasanya aku bekerja, tapi masih lagi aku rasa tidak aman seperti dahulu. Apakah perlu aku menganggur supaya keamanan kembali kepada aku? Ha ha ha.

Paling aku tidak suka orang bertanya, "Ko dah keje ke?", "Keje apa?". Bukan aku tidak suka, kerana bila aku cakap aku kerja apa, akhirnya mereka akan cakap aku jual barangan komputer. Aku pun malas nak kata apa, cuma mengiyakan sahaja.

Aku terdengar lagu dari kumpulan The A.C.A.B, lagunya bertajuk Setelah. Apa yang menarik perhatian, cuma lirik ini yang aku tidak tahu, mengapa lirik ini aku suka.

"Setelah, setelah
Sekian lama berdua
Mengapa seakan tak bermakna?"


Friday, January 05, 2007

Mungkin Nanti

Otak aku dah lama tidak berfungsi dengan baik, kerana itulah aktiviti memblog terbuntu sampai ke hari ini.

Aku terlepas untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Aman, yang mana telah dihantar oleh kerajaan untuk membantu pesakit-pesakit AIDS di Mongolia. Ha ha.

Aku tidak tahu, kenapa dan mengapa, aku tidak sempat untuk menulis walaupun 10 patah perkataan di blog aku sendiri. Apatah lagi hendak melawat ke blog rakan-rakan.

Hendak mengatakan aku ini sibuk sangat pun tak, tetapi aku sekarang tidak terdaya untuk menulis. Apakah ini ada salah satu penyakit?

Sehinggakan Saddam digantung pun aku ambil tak kisah je, sedangkan ada pihak di Iraq rela untuk berdemontrasi bantahan terhadap hukuman yang dikenakan itu.

Sehingga Mr Clean usap bahu model pun aku tak ambil kisah, huh. Aku nak gak Mr Clean gitu, jangan le buat sensorang, lain kali ajak aku join sekali. Ha ha.

Mungkin aku teruja baru dapat kerja, mungkin itulah semangat untuk memblog aku terhenti seketika. Mungkin.

Aku respek kepada blogger yang bekerjaya, sempat untuk menulis dan mengarut di blognya. Suspek tul kat korang.

Aku akan cuba jadi macam korang.